Assalamualaikum. Tq admin ye. Sekadar nak berkongsi.
Betul lah pesan orang. Kita jangan terlalu berlebihan membenci sesuatu. Takut nanti kita ditimpakan ujian yang sama. Cukup kita cuba usahakan supaya keadaan jadi lebih baik. Tapi jika ia kekal sama, lepaskanlah dengan redha. Usahakan lah berlapang dada walaupun mengambil masa..
Kisahnya, saya janda anak 1. Suami tinggalkan saya untuk perempuan lain. Isteri orang perempuan tu. Tak tahulah apa kisah dia orang sekarang. Saya dah tak ambil tahu. Anak pun suami tak pernah datang jumpa. Memang saya mengamuk pada keduanya. Ayat yang saya sebut pada perempuan tu, perempuan jalng, perempuan sundl, perempuan murah. Mujur saya tak pernah gelarkan dia BBI. Tak pernah saya sebut.
3 tahun menjanda saya memang jaga batas saya Saya tak akan bergurau berlebihan dengan lelaki nak whatsapp pun sekadar urusan kerja. Tak dinafikan saya dalam kategori sedap mata memandang. Cuma orang sekeliling yang kenal saya tahu saya jenis serius dan tak banyak cakap kalau dengan lelaki.
Ditakdirkan entah macam mana di kejiranan saya ni, tiba2 saya kerap bertembung dengan sorang lelaki ni. Asyik kebetulan terserempak naik lif yang sama ja setiap kali pergi dan balik kerja. Yang paling saya tak suka dengan perasaan ni ialah setiap kali terbukak pintu lif, mata saya dan mata lelaki ni bertembung bila saya nak masuk atau keluar. Kerap sangat2 sehinggalah saya rasa satu kelainan pada perasaan ni. Pada masa yang sama saya tak tahu status dia.
Sehinggalah satu hari tu, saya terjumpa satu nota yang diselitkan dicermin kereta saya masa nak pergi kerja. Dia tinggalkan nota minta maaf sebab tercalarkan kereta saya masa dia nak parking motor sebab motornya parking di sebelah kereta saya. Saya tak tahu motor yang mana satu dan siapa pemiliknya. Ye, memang kereta saya ada kesan calar, tapi kesan tu dah sebulan lebih. Terfikir saya kenapa baru sekarang nak mengaku. Dalam nota tu ada tinggalkan no telefon. Masa tu saya tak tahu yang tinggalkan nota ni lelaki dan perempuan.
Kemudian saya text tanya pasal kesan calar. Ingatkan dah orang mengaku nak bayar ganti rugi. Lelaki rupanya. Dan paling saya tak sangka bukan sebab calar dia tinggal nota. Dia sekadar ambil point calar kereta ja sebab dia nampak kesan tu pada kereta saya. Dia sengaja mereka-reka cerita supaya saya text dia untuk dapatkan no hp saya. Dipendekkan cerita, saya tahu jugak siapa orangnya. Orang yang selalu bertembung dalam lif. Patutlah kita diminta tundukkan pandangan. Sebab dari pandangan mata la akan turun sampai ke hati.
Ada la dalam seminggu dua dia hari-hari text saya, saya pun layan macam biasa walaupun dalam hati ada sedikit bunga2. Cuma tak nak tonjolkan sangat.
Sehinggalah saya terserempak dengan dia dekat lif dia bawak keluar anak2 dan isteri dia. Terkedu juga dia dan saya. Tapi saya bersikap macam tak ada apa2 dan tak kenal dia. Sebelum tu saya pernah tanya status dia, tapi dia kata akan bagitau kemudian sebab saya dah inform awal2, kalau suami orang better dia stop text saya.
Kesudahannya lepas tahu dia suami orang, saya ambil keputusan untuk stop benda ni. Saya diamkan diri walaupun dia text dan call berulangkali. Waktu pergi kerja pun saya pergi setengah jam lebih awal, balik pun saya balik sejam lewat. Jadi dah tak bertembung dengan dia. Simkad baru pun dah beli, cuma dalam proses nak inform semua contact saya yang saya akan gunakan nombor baru, sebelum saya tukar nombor sepenuhnya.
Maaf, luahan saya sedikit panjang. Tapi inilah pengajaran buat saya. Kalau saya terlalu ikut perasaan, mungkin saya juga akan jadi sama macam perempuan yang rampas suami saya. Perempuan jlang, perempuan sundl, perempuan murah. Tapi memikirkan pedihnya bila suami curang dulu, saya harus kuat untuk hentikan semua ni walaupun sedikit perasaan sayang sudah mula berputik.
Alhamdulillah, berkat doa yang tak putus setiap malam, perlahan-lahan perasaan ni dah berlalu pergi. Apa yang saya lalui ini sangat memberi pengajaran pada saya yang kita tidak perlu berlebihan menghukum pesalah dalam hidup kita. Kita tak perlu mengeluarkan kata2 menghina untuk menghamburkan kemarahan kita atas kesilapan orang lain. Boleh jadi kata-kata itu akan berbalik pada kita. Yakinlah, Allah sentiasa ada untuk balas perbuatan dia orang. Saya bersyukur, apa yang saya lalui ini Allah dah beri pengajaran untuk saya belajar sesuatu…