Asalam admin dan warga krt. saya jenis. sentiasa menjaga badan, kulit saya putih gebu, badan saya ala ala model mengoda, saya tinggi dan tidak gemuk. Dulu saya dan suami bercerai sebab saya dah tak tahan nak menanggung biawak hidup. Suami saya dulu seorang bisnes man yang berjaya income mencecah 10k hingga 20k sebulan. Tapi disebab kan dengki manusia, bisnes suami jatuh muflis..
Bermula lah kisah duka kami, selepas 3 bulan kejadian itu. kami masih boleh bergembira, masih boleh melancong dan membeli belah. Selepas itu, bank mula call, rumah dan kereta dah berbulan tak bayar. Bil2 semua tak bayar lagi, suami terus mula berubah, dulu dia tak pernah usik duit saya, saya juga bekerja sebagai pegawai kerajaan, gaji saya dalam 4k saja. Gaji saya hanya untuk saya dan tugas suami hanya memberikan saya duit. Dan bukan minta duit saya..
Sampai satu tahap, suami pinjam duit sayaa untuk bayar rumah dan kereta, saya hanya mampu bayar kereta saya saja sebab saya yang pakai sedangkan dulunya suami yang bayar. Dan saya tak mampu bayar rumah dan kereta suami, kerana saya perlukan duit tu untuk membeli pakaian dan alat mekap saya.. saya memerlukan 20 pakaian baru setiap bulan untuk dipakai bekerja dan berjalan.. kalau saya beri duit untuk suami. Macam mana saya nak membeli belah?
Saya bagi tahu pada suami, yang saya tidak mahu meminjam kan nya duit. Suami nak pinjam duit saya 10k. Korang banyangkan 10k. Kalau saya shopping banyak dah barang saya dapat. Suami merayu, dan saya tak sampai hati. Saya bagi dia pinjam. Duit saya 10k tu dia bayar rumah kereta dan bil2 semua. Lepas tu sampai sekarang dia tak ganti2..
Baru2 ni mak dia sakit. Dia pinjam lagu duit saya sebanyaj 2k. Dan tak bayar2 lagi. Bila saya minta..dia cakap nanti dia tunggu dapat kerja. Dia akan bayar balik. Tapi sampai sekarang dia tak kerja juga..
Kebetulan. Saya kenal dengan seseorang. Saya tau dia suami orang tapi dia mampu rumah ada 3 banyak dan Dia mampu belikan isteri nya rumah dan kereta mewah. Kebetulan dia mahu memperisterikan saya. Dan dia janji akan berikan saya kemewahan tapi dengan syarat kami merahsiakan perkahwinan.. saya bersetuju, saya minta cerai dengan suami. Pertama suami tak nak. Tapi saya terus terang kepada suami kalau suami dah tak mampu berikan saya nafkah. Dan saya tersiksa.. suami minta maaf. Tapi saya tak mahu. Bagi saya suami saya hanyalah biawak hidup..
Suami melepskan saya walaupun tak rela katanya.. dan habis tempoh iddah saya pun berkahwin dengan lelaki tersebut. Sebelum ni dia janji nak berikan saya rumah dan kereta mewah, tapi selepas kawin, dia hanya memberikan saya rumah yang kecil. Kereta pun dia tak beri. Saya masih pakai kereta saya. Dan kereta saya pun dia tak bayarkan.. apa perlu saya buat? Saya ada nyatakan kalau saya mahu tinggal dirumah isteri tua, sebab saya layak tinggal dirumah itu, saya isteri sah, namun suami tidak mahu.. katanyaa akan berikan saya rumah mewah tapi janji tinggal janji..
Kebetulan bekas suami saya mula kelihatan mewah saya tak pasti bekas suami bisnes apa sekarang saya jumpa bekas suami saya minta maaf pada dia. Dia maafkan saya. Tapi dia tak mahu menerima saya semula. Apa perlu saya buat? Saya sayangkan bekas suami saya. Dia cinta pertama saya.. kalau bekas suami masih tak terima. Adakah perlu saya jumpa madu saya untuk menyatakan hasrat saya kalau saya mau tinggal dirumah mewah itu. Saya juga risau kalau suami sekarang ceraikan saya. Saya buntu sangat.. tolong saya..




