Salam min,lagi sekali aku ingin kisahku disiarkan dalam page KRT ni min. aku nak siarkan 3 kisah sekali gus dalam 1 post.
1.Ni berkaitan dengan diri aku, sejak akhir2 ni min, aku rasa dah tak nak lagi dah hidup bersama dengan suami aku sebab aku teringin sangat nak ada anak tapi masalahnya min suami aku ni terlampau rancang sangat. dari dulu lagi dia cakap suruh aku sabar menunggu sebab dia nak beli kereta.
Tapi masalahnya dah nak masuk 3 Tahun aku tunggu. Tapi sampai sekarang takde pun. ya aku faham dia sedang berusaha dan merancang, tapi yang buat aku risau min dia dah tua dah, dah pun berumur 32. dan aku ada anak tiri seorang.
2. masalah tentang diri aku jugak min ,sejak akhir2 ni jugak min. Aku rasa dah tak mampu nak hidup bersama dengan dia lagi ekoran dia duda anak 1. Selama aku kawen dengan dia ni, memang bahagia je min tapi yang boleh buat aku tak boleh nak move on adalah bekas bini dia dah berlaki pun.
Beberapa hari yang lepas, masa ex dia nak hantar anak kerumah mertua, boleh pulak mengada call suruh laki aku tolong isikan minyak sebab motor dia tak hidup. padahal aku boleh aje tolong, laki aku tak izinkan. tapi masa tu laki ex dia ada skali. start malam tu, aku rasa stress sangat. Cukup la apa yang mereka dah buat kat aku dulu. Sampai dah rasa fedap sangat dengan drama mereka ni.
3. Bila aku duduk sorang2 min, aku asyik teringat masa lalu je, masa aku mula kawen dulu dengan laki aku ni, hari2 ex dia datang rumah alasan nak tengok anak. laki aku ni bila aku cakap tolong bincang nak jumpa anak bawak keluar anak jangan biar kan dia datang rumah, tapi min dia rela suruh aku diam dan sabar sampai aku makan hati hingga ke hari ni.
luka tu masih berparut tau.aku banyak makan hati sebab etak dia.apa masalah aku sebenarnya ni min? Aku bertahan sebab aku fikir aku syg laki aku pada masa yg sama aku banyak terasa n makan hati sebab kena hadap drama diorang ni.
4. Lagi 1 min, hari tu aku tak tau la kenapa aku mengamuk tak tentu pasal sebab anak tiri aku yg tak pernah aku sentuh kasar boleh je tangan aku hayun 3 kali kat paha anak tiri aku ni sebab dia malas bangun nak pergi sekolah. aku dah pujuk baik2. Macam2 cara dah aku buat, apa aku dapat dia tendang aku guna kaki.
Aku tak ajar anak aku tendang aku pakai kaki.
Dulu aku, kalau anak aku tak pergi sekolah. aku biarkan je. sebab aku tau abah dia akan balik rotan dia tapi masalah nya rotan abah dia tu bukan boleh buat dia ingat tapi menganjng ada la. hari ni rotan, esok pulak tak pergi sekolah. kena marah pun tak serik.
Tapi min, memang pagi tu aku mengamuk min sebab bercampur baur dengan tekanan yamg aku hadapi ni, aku bagitau kat anak tiri aku. Ni kali pertama aku marah dia, aku mengamuk depan dia. aku angkat dia yg sedap tidur tu, trus bilik air. aku dah pesan kat dia Start hari ni aku tak kan jaga dan ambik tau dah pasal dia sebab dia pijak kepala aku, dia salalu melawan cakap aku.
Dia selalu sepak aku tiap2 pagi nak pergi sekolah, selalu dan selalu bedegil dengan aku,aku nasihat apa2, dia nganjng aku balik min. sabar aku ni ada tahapnya, aku tak salah kan anak tiri aku, sebab aku ni kalau ada ape2, aku ngadu kat abah dia tapi abah dia buat bdoh je. hmmm aku ni tak pernah sentuh kasar dengan ank dia.
Dah sabar pun, mengadu kat abah dia pun bukan nya nak ajar anak hormat aku. tapi makin pijak kepala aku ada la. Bermula lah drama aku min. Aku uruskan anak, siap2 kan nak pergi sekolah. masa tu marah aku dah hilang. aku duduk sandar di muka pintu. aku rasa macam nak nangis je, aku dah rasa fedap dah nak jaga budak ni sebab sabar aku dah hilang.
tak ade guna nya aku didik anak aku sebab kalau jadi ape2 pun abah dia tak ambil port langsung pun kalau anak dia kurang ajar dengan aku. so smbil2 landing kejap, aku cakap baik2 kat anak aku, aku bai tau kalau macam ni la peel berterusan, aku dah tak kan wujud lagi dalam hidup anak aku dan laki aku.
Cukup la apa yg mak dia dah buat kat aku. cukup la sekali je dengar nasihat aku, dengar cakap aku. tapi kali ni aku dah tak ambil peduli dah sebab sebelum ni aku dah pesan kat anak tiri aku, kalau tak boleh nak hormat ibu, ibu tak ter agak2 nak pergi jauh dari hdiup kamu dan abah.
Aku bercrita sebab aku tau dia faham aku. dia faham perasaan dan hati aku.
sudah sampai di skolahnya aku minta maaf, aku cium dia. Maafkn ibu sebab marahkn awak, tapi kali ni ibu cium buat kali trakhir pada awak sebab dalam hidup awak, ibu bukan sesape lagi dah. dan awak tak pernah menghargai ibu.
Dia melangkah dan aku mula pergi tingalkan dia di skolah. masa tu aku perasan yang dia berpaling muka kat aku, tapi aku tak endahkan sebab aku kena psiko kan dia. Hari tu juga, aku pergi kaunseling sebab dah rasa fedap dengan kesmuanya dan balik kampung.
Dah berkali2 aku pesan, tolong hormat aku macam ibu awak sendiri. tiap2 hari pesan. dah bagi tau kat suami tapi dua2 tak endahkn apa yang aku mntak. Sejak hari tu, aku balik kampung sebab merajuk. fikir habis2an. dan dah rasa ada kekuatan diri nak mve on sebab aku tak layak pun jadi mak dia.
Aku pulang semula ke pengkuan suami aku semalam, jelas riak wajah anak rindukan aku, tapi aku tak endahkn lagi padanya. balik pun niat nak bagitau yang aku dah tawar hati, tapi aku gagal min.
Dah bagitau aku tak layak jadi mak dia dan sntuh kasar kat anak. malah dia lebih buat aku jadi cair. dia seolah2 tak kisah je. sekarang aku dah tak ambil alih jaga dan didik anak dia. dia buat macam biasa je. Hm apa aku perlu buat min.. sedih sanga. tq min