Salam.aku cuma nak meluahkan perasaaan bersalah, rasa marah pada keluarga dengan wife aku. wife aku dalam pantang anak no 2. anak sulung umur 3 tahun. mak ayah aku pulak offer nak jaga anak sulung katanya nanti wife boleh fokus pada beby. mula2 wife tak nak katanya dia boleh jaga sebab dia pantang rumah family dia. kira ada mak mertua dengan adik ipar lah. dorang boleh tolong lah. tapi lepas aku pujuk2 akhirnya wife setuju even berat hati. aku pulak dapat pelepasan cuti just seminggu je.
Habis seminggu aku balik bandar untuk kerja. kire2 dah seminggu jugaklah anak dengan family aku. wife call ayah aku mintak suruh hantar anak kat dia sebab rindu katanya. oklah ayah aku hantar anak dan dia inform lagi 3 hari dia datang ambik anak. lepas tu malam tu wife mesej aku katanya dia tak nak bagi anak kat family aku. aku tanya kenapa ? Dia tak balas. Lama jugak lah baru dia balas, katanya kuku anak panjang, penuh dgb daki2 hitam.
Lepas tu botol2 susu anak semua berkerak puting. puting yang putih jadi warna nak kuning2 oren. dalam botol tu pulak macam ada sisa susu yang basi sebab melekat2 kat dalam. plus dia kata dia dah siap2 prepared berus dengan pencuci. botol semua dia bagi 4 bijik tapi masa anak dihantar ada dua bijik je. mayb dua lagi hilang tapi tu wife tak kisah.
Silapnya aku time tu aku marah balik pada wife aku kata dia saja nak burukkan family aku sebab tak nak hantar anak kira tu alasan je. Aku tak percaya lah sebab kat umah aku ada adik2 aku yg dah siap janji kata akan jaga anak aku. bila aku marah wife merajuk then dia tak ada cakap apa2 dah lepas tu. dia diam je. kasik bluetick je kat mesej2 aku. lepas tu aku mintak dia hantar gambar2 botol tu, baru dia balas katanya dia dah buang botol2 tu sebab kotor sangat.
masa ni aku lagi lah tak percaya wife aku teruk kan aku. dahlah wife dalam pantang. XSo 3 hr tu ayah aku pergi ambik anak balik .kira wife aku dh bekalkan botol2 baru siap pencuci baru bagai. kira gitulah ulang alik antara rumah family aku dgn wife. 3 minggu lepws tu aku balik 1 sekali nak bawak anak2 bini balik bandar. masa aku balik tu aku drop by kat umah family aku dulu sebab nak amik. anak then baru pergi umah wife.
Masa aku nak bancuh susu kat anak, punya lah aku terkejut tengok botol2 anak aku. betul lah yang wife bagitahu dengan kerak nya kat puting. aku cannot brain lah tergamak dorang bagi anak aku susu dalam botol yang macam tak pernah diberus kalo basuh pom. Sedih gile kot tengok botol tu. aku terus cakap kat ayah aku, aku gerak pergi umah wife padahal aku singgah mall cari botol baru.
patotlah wife aku beria tak nak anak stay dengan family aku. entahlah nak tegur tanya pom aku tak tergamak sebab dorang jaga anak aku. tapi itulah wife aku merajuk sebab aku tak dengar dia cakap. Patut ke aku tegur family aku pasal ni? tak kan lah pasal botol susu nak gaduh kan.




