Allahuakbar.. Sepanjang tangan ini mahu mengadu.. Air mata sarat dikandung. Sampai kabur apa yang perlu ditulis..
Kalian.. Kenapa aku diuji dan terus diuji. Jahilnya aku persoalkan kuasa Allah..
Aku kawen da nak masuk 12 tahun. sekarang sarat mengandung anak ke 3. Aku kawen awal. Aku si yatim piatu tiada tempat mengadu..
Diawal umur 19 tahun. Aku melahirkan seorng anak lelaki. Bahagia nya aku dan suami macam dunia milik kami. Kami kenal tak lama. Tak sampai 2 bulan kami bertunang.. tak smpai setahun kami berkahwen. Dijarak usia 7 tahun berbeza. Aku harapkan dia untuk bimbing kehidupan akan datang.
Tapi.. Panas tak sampai ke petang.. Anak umur 8 bulan. Aku dapat tahu dia ambil dadqh. Mase tu.. Walaupun dia buat depan mata. Sungguh aku tak faham. Aku tak tahu macsm mana orang ambil dadqh.. Sampai lah dia dibuang dari kerja. Kami satu tempt kerja disebuah pasaraya.. Malu aku bile bos2 pandang serong pada aku.
Bermulah episod hitam hidup aku. Demi kelangsungan hidup. Aku bergelumang dengan ah long. Berbekalkan gaji 1200. Aku bayar pengasuh.. Duit rumah.. Bil2 selalu tertunggak. Suami aku mase tu.. Hidup untuk diri dia je. Segala perit hidup aku tak pernah aku lupa. Turun naik pusat zakat, cilok duit counter..
2 hb aku dah tak ade gaji kami makan beras timbang pampers anak yang paling murah yang ade kat malaysia ni anak aku pakai. Balik kerja suami aku tak jemput.. Berjalan kaki aku tengah2 malsm buta. Kene halau tuan rumah. Ape yang aku tak lalui. Hanya Allah jadi saksi. Kenapa aku tak jadi janda je.. Aku tak ade kekuatan mase tu. Kat mane harus aku pergi. Pada siapa aku nak mengadu.
Bulan berganti tahun.. 3 kali aku kat tmpat kerja.. Balai polis call. Suami kene tangkap mase operasi. anak aku dibawa sekali. Akhirnya pada.kali ke3 . Aku pertama kali jejak mahkamah.. Kali ni bukan hanya urin. tapi ade ‘barang’ dalam poket dia. Dengan keadaan aku yang bod0h bengap. Tak tahu kat mane mahkamah. TAK tahu ape perlu dibuat.
Nak buat jamin nak kene pergi bank bukak buku. Dengan keadaan mahkamah susah nak dptkan teksi. Air mata ni murah sangat.. Tsnpa segan silu aku menumpang sana sini. Balik dari mahkamah.. Jiwa aku kosong. Aku merayu pada dia.. Ceraikanlah aku. biarlah aku dengns anak.
Aku percaya 6 tahun kami berkahwin masa tu. Sorang je zuriat yang Allah izinkan untuk aku. Untuk aku teruskan keluatan. Dari aku seorang staff. Sampailah berpangkat manager. Dari bekereta sampai lah ade motor. Aku telan hidup dengan dia. Saat aku dah kuat utk berpisah. Aku mengndung anak ke 2. Allah maha adil. Suami aku masuk program hospital. Dapat kerja gaji 3 kali ganda dengan gaji aku.
Habis pantang anak no 2. Ngam2 hutang aku selama 8 tahun dengan ceti habis. Aku berhenti kerja atas faktor kesihatan anak no 2 aku terganggu. Aku tak pernah sangka. Aku mampu jadi suri rumah. diizinkan Allah untuk aku jadi suri rumah. Sepanjang anak aku dari lahir sampai 2 tahun. Suami aku bersih dari dadqh. Hanya Allah tmpt aku bersyukur.
Aku malu berdoa untuk mintk ape2 dengan Allah. Cukup untuk aku bersyukur dengan ape yang diberi. Suami tak pernah lupa nafkah aku .. Nafkah anak2. Semua lengkap. Tak pernah terjadi kami mampu kumpul duit syiling. Apatah lagi simpanan cecah seribu dalam akaun tanpa terusik. Anak da 3 tahun yang kedua. Si abang pun da 11 tahun.
Aku mengandungkan yang ke3. Disinilah kisah aku berulang.. Dia kembali terjebak dengan dadqh. Mula2 aku buat2 tak nampak. Sekarang.. Bau pun aku dah tahu. Dari tingkah dia pun aku tahu.. Dia buat perangai lagi. Aku macam orang gile. Sebab aku tahu macam mana perjalanan yang perlu aku tempuh. Lagi aku sedih. Aku da tak bekerja. Sekarang aku buat bisnes on9. Pendapatan aku 2k sebulan.
Aku fobia dengan kehidupan yang lepas. Sabtu ahad aku buat jualan di flat. Anak sulong aku akan pergi menjaja . Sedih hati bile tengok anak pergi menjaja bagai mengemis. Tapi tu ikthiar setakat ni yang aku nampak. Persedian untuk aku hidup tanpa dia. Setakat ni. Dia masih bekerja.. Tapi aku boleh nampak giant dia makin parah.
Hati aku bagai disiat. Aku cuba muhasabah dengan ujian Allah. Mungkin ade lagi kesilapan yang aku tak nampak. Walau solat aku hampir sempurna 5 waktu sehari sepanjang 3 tahun ni. Aku mengaji kalam Allah setiap hari. mungkin tutur kata. Auratku belum tutup sempurna.
Kalian.. Aku harap.. Doa kalian agar aku terus kuat. Aku lahirkan anak yang sihat. Dan dia mampu berubah macam dulu.
Anak dalam perut bagai mengerti.. Diam je dia bila aku duk menangis . Menendang slow je. Bagai memujuk hati ibu




