Assalam admin . aku nak tanya sikit kat warga krt pasal rumahtangga aku. tadi aku gaduh besar dengan bini aku pasal benda kecik. aku ni memang jenis pelupa tahap maksimum. Dulu aku pernah hilang anak kat mall pasal aku lupa aku letak dia kat mana tapi tu bini aku tak tahu tadi kita orang gaduh pasal aku tak bayar bil air 2 bulan. dia nangis2 tanya kenapa aku tak bayar lagi sedangkan tiap hari dia remind pasal ni.
masalahnya masa bulan pertama tu aku lupa letak mana. ingat nak tunggu next punya bill. next bill sampai pun aku lupa letak mana. so aku nak tunggu next month bil sampai la. biasenya dia letak siap2 bil dalam dompet aku. tapi sekarang dia tengah pantang anak ke3 so aku la yang ambik bil tu. pastu dia nangis takut air kene potong la apa la. cakap dah lama sabar dengan sifat pelupa aku ni la.. ha. dah kenapa nak emosi.. belum kena potong lagi. sekarang dia lari rumah mak aku kat tingkat atas rumah aku. lepas gaduh tu aku bayar la online.
aku ada no akaun bil air tu.. aku bayar ikut anggaran je. aku lupa berapa. soalan aku ni, takpe ke aku bayar macam tu? dia dah tolak duit aku, macam mana nak tahu syabas dah terima ke tak. aku bayar lebih sikit tak ape ke? kang bini aku mengamuk lagi tengok ade tunggakan bulan depan. adoii tension aku. benda kecik je pun