Assalamualaikum…saya cuma nak minta pandangan dari warga KRT. Saya ni tinggal dengan mertua…dalam rumah mertua ada anak-anak mertua yang masih bersekolah. Tak apalah saya tak kisah pun. Cuma saya tak berapa berkenan dengan sikap kakak ipar saya ni. Dia ipar yang no 3. Saya yang no 5. Ipar yang lain duduk luar bandar. Tapi baik-baik semua. Dalam rumah mertua saya yang tinggal abah/mak mertua dan masih ada adik ipar bujang 1 yang bekerja manakala yang bersekolah 2 orang.
Saya tahu dia tinggal dengan mertua saya lebih lama dari saya dan suami saya. Mula-mula saya tak kisah sangat tapi lama-lama saya jadi benci sikap dia. Suami dia anak mertua saya jadi dia dengan saya ipar duai saja. Dulu saya duduk luar dengan suami sebab kerja luar bandar, kami juga ada anak. Tapi bila suami berhenti kerja suami ajak tinggal dengan mertua. Hanya kerja kampung. Saya dengan suami bercadang untuk tinggal sementara saja. Sebab suami masih kumpul duit untuk kami tinggal dirumah sewa. Sebab suami tak nak susahkan abah dan mak dia, walaupun mertua tak kisah tapi kami dah sepakat hanya tinggal sementara.
Berbalik cerita tadi. Saya tak berapa berkenan dengan kakak ipar saya sebab :
1.sangat pengotor.
2.kuat bodek.
3.mulut lancang.
4.kuat mengumpat.
5.suka beri pandangan tapi sebaliknya melagakan orang.
6.badan berisi /malas mandi.
7.gemuk.
8.hanya suka masak tapi malas nak kemas balik
9.malas kemas rumah atau jemur baju.
10.anak tak ada berkahwin sudah hampir 5tahun.
11.bangun lambat.
12.kuat makan
Inilah sikap saya tak berapa berkenannya. Saya jadi pelik tengok sikap dia. Dia memang dah lama tinggal dengan mertua saya. Saya jadi tertanya adakah selama dia tinggal dirumah mertua saya sebelum saya dan suami tinggal disini bersama, inikah perangai dia. Bangun lambat selalu. Kalau masak suka tinggal macam tu saja. Kadang-kadang saya dengan mak mertua yang kemas. Kemas rumah pun sama, saya dengan mak mertua yang bergiliir , saya jadi geli tengok sikap dia. Dia ikat perut suami dia dengan masakan memang sangat jaga perut suami, tapi suami dia bertahan ke dengan sikap dia malas mandi, bangun lambat , dan nak tolong menolong kemas rumah sama-sama. Mulut sangat kuat bodek. Kata dekat orang lain serba tak betul seolah-olah dia lebih makan garam dari mak abh mertua saya.
Saya tahu dia gemuk, tak berdaya nak urus semua Tapi janganlah nampak buruk orang saja sampai kita sendiri malas gila. Kadang-kadang kalau dia tak ada di rumah mak mertua selalu juga bagitahu saya tak tahan sikap dia yang malas tu. Tapi apakan daya dah jadi menantu. Tapi pada saya tak patut kita buat mertua macam tu. Sebab mertua saya baik orangnya. Kalau jahat lainlah kita nak tunjuk malas macam tu.
Saya dan mertua bangun pagi sebab anak saya dan ipar 2 orang tu bersekolah. Bila masing-masing dah pergi sekolah saya dan mertua kemaslah rumah, dia masih tidur dalam bilik. Kadang-kadang saya dan mertua gilir-gilir buat kerja rumah, jemur baju atau kemas rumah, dia bangun dalam pukul 10@11 pagi, tak mandi lepas tu suka jual tahi minyak mesti tahu kan maksudnya. Dalam pukul 12 tengahari kami semua mula masak. Sebab adik-adik ipar dan anak saya balik sekolah. Kadangkala dia masak, tapi dia tak reti kemas balik dan cuci kuali atau periuk yang dia guna, kalau kulit bawang kadang dia biar saja atas meja , saya dengan mertualah yang kemas.
Mulut dia sangat lancang kalau ada ipar lain mengandung. Suka kutuk macam-macam. Sampai ada 1 tahap dia pernah kata pada kakak ipar saya yang no 2 bergaduh besar. Tapi kakak ipar no 2 bersabar sebab ingatkan diri sedang mengandung. Jujur saya cakap saya tak tahan sikap dia macam tu, saya bukanlah pembersih sangat tapi saya tak adalah malas pengotor macam tu, lepas tu bila buat kerja kalau boleh nak orang tolong saja. Saya kalau dia tak ada dirumah balik rumah keluarga dia, boleh saja buat sendiri kadang kala saya tak bagi mertua saya buat sebab dia pun dah tua.
Pada pandangan warga KRT apa saya patut buat dengan ipar pengotor macam ni. Sampai suami dia sendiri pun dah tahu nak tegur sikap dia tu macamana. Yang mak mertua risau kalau suaminya berubah hati cari yang lain. Kerana sikap dia yang malas tu.