Assalammualaikum semua.
Saja aku nak berkongsi cerita. Ni kisah aku budak dulu. Nama aku Minah (atok aku pangil) haha. Aku dibesarkan oleh nenek dan arwah atok aku. Manakala kakak2 aku dengan mak ayah aku. Aku selalu dapat result terbaik kat sekolah. Tapi tak pernah sekali pun mak ayah aku datang. Sampaikan cikgu aku semua ingat aku ni anak yatim. Siap dapat RMT lagi weyh hehehe. Masa aku dapat result upsr dulu, straight A tapi mak ayah aku tak datang pun. Tapi atok aku yang datang dengan tongkat pun gagah jauh jalan masuk sekolah aku. Atok aku bekas sarjan polis, sebelah kaki pulak hancur waktu bertempur dengan penjahat dulu. Aku peluk atok aku, sambil mengalir air mata. Atok aku selalu pesan untuk aku teruskan legasi dia dalam pdrm. Aku lagi bersemangat weyh, walaupun sedih bertahun tak jumpa mak ayah dan kakak2 aku.
Aku dapat tawaran ke maktab dan sebagainya aku tak ingat. Tapi semua aku tolak sebab nak duduk dekat dengan atok dan nenek aku. Aku pun mula belajar kat smk yang dekat dengan rumah. Atok aku hadiahkan basikal tua untuk aku ke sekolah sebab tu je atok aku mampu. Waktu pmr, sekali lagi aku dapat straightA. Mak ayah masih lagi tak datang. Masuk tingkatan4 aku menyertai kadet polis, waktu tu pakaian seragam kadet polis masih lagi butang besi. Aku pulak tinggi, atlet sekolah, orang cakap macam polis betul cuma tak pakai PPA je hehe. Atok aku pernah cakap sebelum dia pejam mata, dia nak sangat tengok cucu kesayangan dia pakai uniform polis.
Satu hari tu aku pakai full uniform polis, atok aku seronok sangat sampai mengalir airmata, dia cakap dah lepas hajat dia.
Petang tu aku, nenek dan arwah atok naik motor oku atok (yang ada tong tu). Kami pergi makan kat kedai ikan bakar. Tak pernah kami makan luar jauh. Bahagia sangat aku rasa. Tapi bahagia aku sementara ja. Sebelum sempat sampai kedai, kami dilanggar kereta dari belakang kanan motor oleh seorang lelaki cina yang mabuk. Atok aku tercampak ke tengah jalanraya besar. Aku dan nenek masih diatas motor (dalam tong) dan jatuh ke dalam sungai. Waktu tu atok dan nenek aku umur dalam 80an. Memang tua. Semua orang berhenti tolong. Orang bawa atok aku ke hospital dulu. Kami terpaksa tunggu bomba untuk naik ke atas. Lepas naik kami terus dibawa ke hospital tadi. Aku tak dapat terima hakikat yang atok dah takda. Aku meraung sampai sesak nafas dan pengsan.
Malam tu aku tidur dengan jasad atok aku yang dah tak bernyawa Subuh tu aku tolong orang urus semua Mak ayah aku datang tapi aku langsung tak rasa bahagia, padahal hari2 aku nantikan kepulangan mereka. Sebulan lebih aku tak makan, tiap kali nak makan ingat arwah atok aku. Sekolah pun sebulan lebih tu juga aku tak pergi. Duduk rumah je dengan nenek. Sampai habis pantang nenek, nenek aku di ambil oleh paklong ku untuk tinggal disana. Aku pula diambil oleh ibu ayah aku. Layanan diaorang pada aku seperti orang luar. Aku tidur di store kecil. Awal2 lagi mak aku dah pesan kalau aku dapat straight A pun mak aku takkan benarkan aku sambung belajar.
Ayah aku pula buat macam aku tak wujud. Aku tak pernah main dengan kakak2 aku. Hidup aku berubah sekelip mata. Aku dah tak belajar. Di sekolah baru ni aku diam dan selalu ponteng. Aku tak pernah sentuh buku. Sampailah spm, aku taknak jawap. Aku tahu kali ni tiada siapa yang akan bahagia dah bila tengok aku cemerlang. Atok kesayangan aku dah takda. Nenek pula tinggal jauh dari aku. Aku jawap exam dengan harapan aku gagal. Tapi aku tak gagal. Semua straight credit. Selepas tu, aku fulltime jadi orang gaji. Aku cuma tumpang makan, berteduh dan beribadat di rumah tu. Aku tiada telefon bimbit seperti kakak2 ku. Kadang bila tiada orang aku ke rumah sebelah pinjam telefon untuk hubungi nenek, mujur aku ada simpan nombor rumah paklong aku.
Aku hampakan harapan arwah atok aku untuk menjadi pegawai polis. Suatu hari tu nenek jodohkan aku dengan seorang lelaki yang baik. Mak ayah aku macam tak suka tapi atas permintaan nenek, mereka turutkan. Akhirnya aku berkahwin. Kami hanya bernikah, tiada kenduri. Aku hanya memakai baju kurung berwarna putih. Setelah bernikah aku sangat bersyukur ada suami yang sangat baik dan hidup aku berubah bahagia. Allah dengar doa aku selama ni. Tiap kali hujung minggu aku dan suami ke rumah paklong untuk berjumpa nenek. Kami bawa nenek jalan2. Kami teman nenek kursus umrah dan haji.
Kami pun bawa nenek jogging tau sebelum pergi umrah. Sihat sangat nenek aku. Sekarang umur dah cecah 100an tapi masih sihat Alhamdulillah. Tak pernah ada list jumpa doktor. Terima kasih kepada semua yang sudi baca. Aku doakan semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Dan aku nak pesan, janganlah ada sikap pilih kasih terhadap anak2. Aku dah cukup faham macam mana seksa dipinggir keluarga. Haa lupa nak bagitau mak ayah aku tak nak aku sebab aku gelap waktu lahir haha tapi lepas tu cerah juga, nenek aku cakap. Aku memang tak dapat jadi polis tapi suami aku seorang pegawai polis. Tiap kali tengok suami, teringat pada arwah atok yang sangat aku kasihi. Sekian. Wassalam.




