Admin tolong hide ni profile saya yer. Saya minta pendapat warga krt. Saya sudah berkahwin selama 6 tahun Dan mempunyai 2 cahaya mata, sebenarnya begini suami sorang kaki pancing, asal dia balik kerja petang dia mesti start enjin kereta dan terus jalan kasih tinggal kami tiga beranak dirumah. Saya sungguh tertekan dengan perangai dia, sudahlah tiap bulan dapat gaji tapi langsung tak beri duit nafkah.
Asal dia ada duit sikit disanalah dia pergi memancing santai malam sungguh buang masa dan membazir duit. Bila ditegur tu sikap dia boleh pula menjawap yang dia hormat kawan tapi nasihat baik isteri dia tak hirau. Tanggungjwb dia sebagai ketua isi rumah memang sudah berkurangan kerana kuat betul keluar rumah pergi memancing.
pernah juga tidak balik rumah sampai pagi, saya tak tau dia mau lari dari masalah dirumah atau sebaliknya. tolong jugan kecam saya.. Ini benar berlaku kpda keluarga saya. Saya tak tau macam mana lagi mau bagi nasihat kepada suami saya tu sebab langsung tak boleh dengar nasihat. yang paling saya tak suka dia ni panas baran. Dia juga pernah memukul dimuka saya sebab nampak rumah berselerak tapi dia langsung tak pandai tolong juga urus dirumah




