Salam admin, anak2 dah tidur baru saya boleh meluah ape yang terpendam sini. Sebabnya saya jenis yang tak meluah masalah kat sesiapa, kat emak saya je kadang tempat saya mengadu nasib. Saya dan suami da 12 tahun bersama. Anak 6, 3,1 tahun. Awal kawen lagi saya da ditipu suami cakap nak pindah rumah sendiri tapi lastly duk dengan mertua. mertua siang jaga cucu2 ramai, malam ipar2 datang amik anak masing2. Saya terkongkong, serba tak kena, pelbagai la masalah kat situ utk diri saya tapi mertua baik.
Suami sering abaikan saya,saya merajuk balik rumah mak saya pon dia tak datang carik saya. Ego dia sangat tinggi, lepastu cemburu buta sebab dulu kawan2 dia sume tergilakan saya tapi saya tergilakan dia. Sampaikan dengan mak dan adik beradik saya nak ajak keluar pon dia cemburu. Sampai kadang memang macam derhaka juga saya pada dia. Keje ikot suka dia, nafkah jarang bagi, kalau bagi pon mintak balik sebab kalah judi. Saya tak pasti dia betul sayang saya ke tidak. Keluarga saya pon tau dia jenis yang ikot kepala sendiri. Kadang rasa macam tak normal plak perangai dia. Dorang akur je terima dia.
Saya layan sebelah pihak dia baik je tapi dia bila gaduh macam benci sangat kat mak saya dan babitkan keluarga saya, tak tahu kenapa. Sampai la terlafaz cerai depan keluarga dia tahun lepas. Keluarga dia bagitau saya dia menangis lepas saya kemas barang sume balik kampung tinggalkan dia. Tapi satu msg pon dia tak bagi. Sampai 2 bulan baru dia reply msg yang saya bagi dan cakap nak jumpe anak. Anak saya heppy sangat min tengok saya dan daddy dia makan sekali, padahal baru 4 tahun. Saya dan dia rujuk kembali dissbabkan saya pon mengandung 2 bulan ketika tu jadi saya terimala dia.
Sekejap je perubahan dia pastu jadi balik, diabaikan, selalu marah2,,panas baran. Lastnyer saya balik kampung dan cakap kalau tak pindah saya tak nak jejak sane lagi dan dia pon sewakan rumah. Saya balik semula pada dia. Awal pindah dia dah start jd boss arah2 dan menghina saya supaya jaga rumah elok2 sebab kawasan mahal la bla bla. Muka saya ni memang jadi macam kuli n bahan hinaan dia je. bila saya tanye kenapa dia cakap sebab nak bagi rasa ape dia rasa dulu. Saya tak kisah membersihkan rumah tapi dia buat saya seolah kuli dia, dahla motif berkahwin ke laut. Saya betul rasa sunyi, ikutkan saya ada rupa n macam anak dara, ramai la yang nak saya tapi dari dulu saya pilih setia.
Anak2 lah kawan saya sekarang memandangkan dia slalu abaikan saya, terbaru dia obses dengqn game, siang malam menghadap fon tambahla kesunyian saya. Nak tinggalkan dia kesian pula sebab dah beri rumah dan beli pelbagai perabut. Siapa nak jaga dia. Tapi kesunyian saya ni boleh buat stress. Dia pun da berani pukul saya guna kain, lebam gak mata saya sikit haritu. Sebab menjawab bila dia komplen rumah tak bersih. Sedangkan sehari 3hingga 4 kali mop dan sapu.
Dia nampak rambut sehelai pon kata tak kemas Ingat senang ke nak urus rumah dengan ade anak yang tengah melasak dan menyusu badan. Tu pon rumah dah bersih sangat sebenarnyer, mungkin dia nak cari point untuk marahkan saya mungkin. Ape2 pon saya masih pelik dengan sikap dia. ada ke sesiapa yang alami macam saya. Saya selama ni bertahan sebabkan anak je, hati semakin lama makin tawar. hancur




