Asalamualaikum admin dan warga krt. Mohon admin hide kan profil kawan saya.. saya berumur 26 tahun suami pula mudah setahun dari saya. Saya berkahwin kerana di jodoh kan oleh ayah saya. Suami saya seorang yang bertanggung jawab, nafkah zahir batin semua cukup. Suami juga seorang yang sopan santun, dan hormat orang. 3 tahun mendirikan rumah tangga tapi kami belum dikurniakan zurian, mungkin ini karma pada saya sebab nya pernah gugurkan kandungan bersama kekasih lama..
Selepas gugurkan kandungan, kekasih saya pegi tinggal kan saya terkapai kapai sedangkan suami saya sekarang muncul dan membangkit kan saya semula untuk menjadi seorang manusia, tapi entah lah, sejak kahwin dengan suami, saya tidak pernah sekelumit pun rasa cinta dengan nya.. Dan bila saya bersama nya, saya ajan terbayang2 bekas kekasih lama dan saya selalu membanding2 kan apa yang ada pada diri suami dan dirinya, dan saya selalu teringat2 wangi badan kekasih lama, kekasih lama memakai minyak wangi saya yang suka aroma nya..
Semakin hari jiwa saya memberontak, saya tak boleh cinta kan suami walaupun diri telah di paksa, sampai satu tahap saya add bekas kekasih di facebook, bekas kekasih approve saya, ternyata dia sudah berkahwin dengan perempuan perampas yang hancurkan kebahagiaan saya dulu. Bila mereka post gambar bahagia dan bila isterinya tag namanya dan mereka berbalas2 komen Allahuakbar hancur luluh hati ini.. saya memberanikan diri pm bekas kekasih saya, saja nak bertanya khabar, ternyata mereka tak bahagia.. saja post bahagia untuk menutup duka lara.. bahagia nya saya saat itu..
Dari hari ke hari, kami makin hanyut, siang malam kami chat dam ke facebook sampai lah ke wasap. Kami mengimbau kembali kenangan dulu dan dalam diam, cinta berputik semula, dia sayang saya dan saya sayang dia. Masa tu saya dah malas nak layan suami makan minum suami saya tak buat Suami balik dia masak sendiri dan saya leka dan terus leka. Saya juga menghantar beberapa gambar tidak memakai baju dengan kekasih saya, dan dia juga begitu. Kami leka dan makin leka. Akhirnya kami berjumpa dan kami terlanjur beberapa kali..
Akhirnya kantoi dek isterinya.. isterinya maki hamun wasap saya, saya block isterinya sebab bagi saya isterinya yang rampas dia dan isterinya juga tak tahu nak jaga suami sampai suaminya cari saya.. suami nya juga pernah cakap pada saya. Bila bersama isterinya seakan batang bisang yang tahu pasang saja Isterinya juga gemuk badan berlemak dan berbau bawang namun saya tak bagi tahu isterinya. Saya berdiam2 saja. Namun dia terlalu meroyan d fb. Gambar2 saya semua dia post saya malu min..
Dan isterinya berani2 menghubungi suami saya, menceritakan semua, Alhamdulillah suami saya tak percaya min. Saya bagi tahu hp saya kena hack. Suami percaya kan saya. Dan sekarang saya hamil min. Semoga kehamilan saya ini. Akan menimbulkan rasa cinta pada suami.. doakan kami amin..




