assalam min.. toong hide fb aku min.. macam ni min, aku baru kahwin 5 bulan yang lpas.. dan skrang bini aku hamil 4 bulan…aku akui sejak dari awal kami brkahwin aku jrang luangkan masa dengan bini aku.. pagi aku pergi kerja petang blik rumah aku tsrlalu leka dengan game je.. bini aku kerap tegur aku min ajak sembang dengan dia sebab dia boring tak ade sape yang dia nak bualkn melainakan dengan aku je suami dia nie.. tapi tah la mungkin sebab aku leka sangat dengan game tu kot smpai aku tak sedar yang dia sedih, perlukan prhatian, cepat emosi…
sepanjang kehamilan dia, pernah beberapa kali dia lapar dan kejutkan aku suruh beli makanan.. tapi aku tengking dia sebab rasa macam dia kacau time tidur aku.. bila dia kejut aku suruh beli makanan aku suruh dia masak sendri apa yang ade kat dapur tu.. sedangkan aku tau bini aku alah teruk.. mesti korang nak kata aku kejam kan? ye memang aku kejam.. aku akui tu, bini tengah pregnant tegah lapar tapi aku ignore je.. hari demi hari aku tgok dia punya alah tu terlampau teruk sangat sampai lah dia kena tahan wad bermggu2..
bila isteri tak ade kat rumah aku rasa sunyi lain macam… pastu bila isteri dah boleh balik rumah macam biasa, aku still ulang benda yang sama min langsung tak focus dekat dia..aku main game je sampai ke pagi.. sampai la 1 tahap tu bini aku tanya aku.. apa sebab aku kahwin degan dia kalau macam ni cara aku lyan dia? tinggal sebmbung tapi jarang bersembang, luangkan masa bersama2 sedangkan kita orang masa tu baru berkahwin orang kata masih dalam mood honeymoon lagi sepatutnya happy sama2.. tapi dia tak rasa semua tu dengan aku..
Aku dengar isteri aku cakap macam tu tetiba aku jadi angin 1 badan, aku tgking dia, aku nyaris2 nak pukul dia.. aku maki hamun dia tanpa sebab.. sedangkan ape yang dia luahkan tu betul.. cuma aku yang bodh tak bileh fikir.. tak boleh terima ape yang diluahkan tu.. aku tengok dia menangis, aku terus kluar rumah.. malam baru aku blik.. bila aku blik je rumah, aku tengok rumah sunyi.. berkali2 aku panggil isteri, tapi kosong.. skali aku melgkah masuk ke blik aku tengok semua barang2 isteri aku dah tak ade termasuk lah baju2 dia.. aku cuba call isteri aku tapi tak dapat.. whtsapp aku semua dia block. aku terus pergi umah mertua aku cari isteri aku sebab aku tau isteri aku mesti balik sana.. tapi sangkaan ku meleset rupa2nya isteri aku tak ade kat sqna…
mertua aku berkali2 tanye ape dah jadi.. mana anak diorang.. ape aku dah wat.. aku tak tau nak jawab ape lagi.. sedangkan aku pun tak tau kat mane isteri aku sekarang ni.. Dengan keadaan dia yang tengah pregnant aku risau aku berdoa kepada Allah semoga isteriku dilindungi dan tiba2 aku dapat mesej dari isteri kalau dia minta dilepaskan cara baik sebab dia betul2 dah tak boleh hidup degan aku yang macam ni.. dia rasa dia ade suami tapi macam tak ade, dia rsa tak dihargai pun, tak diperlukan langsung.. dia betul2 minta aku lpaskan dia..klu aku tak lepaskan dia sendri akan tntut fasakh. sebab dia dah jadi takut aku nyaris2 nak pukul dia dan maki hamun dia dulu..
mengucap panjang aku mase tu.. ye aku akui aku terlalu leka dengan game sampi aku buat tak tahu kat bni aku..tak layan dia langsung.. sampai aku tergamak nak pukul isteri aku sedangkan dia tak bersalah ape2 pun.. dia juz luah kan ape yang dia rasa.. tapi aku je yang tak fahami.. aku hqrap korang semua dapat doakan supaya hati isteri aku lembut dan tak buat keputusan yang terburu2 macam nie..




