Assalamualaikum admin..saya nak luah sikit dan nak tanya pendapat..sebelum saya bernikah saya rapat dengan si adik dan si abang nih kami rapat sebagai kawan tapi saya lebih selesa bila ada dengan si abang.. dia baik dan banyak jaga saya.. sentiasa ada bila perlu.. si abang nih tak berduit berbeza dengan si adik yang sentiasa bergaya dan menjadi anak kesayangan dalam family.. keadaan berubah bila si abang meluahkan hasrat memperisterikan saya.. saya berbincang dengan family dan family pun setuju walaupun kami tak pernah bercinta.. bagi saya biarlah bercinta lepas nikah.. baik buruk susah senang lepas nikah..
macam2 saya dihina.. dek kerana mulut si adik.. kononyaa saya nih ramai kawan lelaki. Tak layak dia buat bini sedangkan dulu si adik ni terlalu baik dengn saya, dia berubah dan tak bertegur sapa dgn saya. family suami percaya kata2 si adik nih. si abang di buang family kerana bernikah dengan saya. Alhamdulillah jodoh kami kuat dan kami bahagia sampai sekarang. saya dan suami berhijrah jauh dari family. selepas berhijrah kehidupan berubah menjadi lebih baik. suami ni tak putus2 ambil hati family. kami kuatkan hati untuk balik jumpa family suami dan Alhamdulillah family suami terima kami dengan baik. .maybe selepas tengok perubahan suami..ada kerjaya dan senang sikit..
tapi menjadi soalanyaa..si adik ni sampai sekarang depan suami dia tak bertegur langsung dengan saya.. tapi di belakang dia layan saya dengan baik.. siap mengusik lagi.. dia tak kan keluar rumah kalau saya balik rumah family suami.. dia masih bujang sampai sekarang.. saya jadi pelik.. nak tanya suami kang takut dia fikir bukan2.. saya takut si adik ada niat yang pelik2.. kadang2 bila saya di dapur dia akan duduk di dapur buat2 keje la.. nak tolong bancuh air la.. tapi dia tak kan tegur saya depan orang.. kecuali tinggal saya dan dia.. saya cuba nak berbaik macam kak ipar dan adik ipar.. tapi rasa macam tak selesa.. apa masalah dia eh or saya yang suka fikir bukan2?..tq admin..