Salam krt Harap sudi siarkan kisah saya. Saya tengah mengalami tekanan perasaan yang teruk. Sekarang berehat di rumah ibu di kampung. Saya tak boleh bercerita masalah saya dengan sesiapa. Ibu malas nak ambil port mungkin dah jemu dengan masalah serupa saban kali, adik perempuan nak berkahwin minggu depan, takkan lah saya nak bebankan kepala dia dengan masalah saya pulak dan kawan kawan pun tak patut saya bebankan dengan cerita rumahtangga saya tapi saya betul nak tau pendapat orang dengan masalah saya ni. Saya dah berkahwin hampir 6 tahun, saya ada seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Sebelum berkahwin saya bukan kategori pemarah, saya ada bekas kekasih yg sayang sangat dengan saya tapi saya tinggalkan dia sebab terpikat dengan kawan satu tempat kerja yang nampak baik dan alimi.
Kami berkahwin, bila dah kawin baru saya tau perangai sebenar lelaki ni. Kalau marah dia suka mengungkit, hina saya macam2, kata2 dia boleh menusuk jantung, sakitkan perasaan saya dan rumahtangga kami turun naik dengan keadaan ni. Saya dari tak pemarah jadi seorang sensitif dan pemarah, kalau bergaduh saya jadi macam org hilang akal. Saya betul tak tahan dengan keadaan ni tapi saya selalu muhasabah diri saya, saya tau tiada perkahwinan yang sempurna dan anggap itu semua asam garam perkahwinan dan terima semua kekurangan dia. Di mata saya, masih saya nampak banyak kelebihan dia yang lain jadi perkahwinan kami diteruskan sehingga kini dah masuk 6 tahun.
Baru baru ini saya bergaduh dengan adik ipar iaitu adik perempuan dia yang sebaya dengan saya Asalnya suami kata tak mahu ambil port tapi bila saya jadi dingin dengan adik ipar suami naik angin dengan saya. Masa adik ipar datang mengata saya macam2 suami amik pendekatan ‘awak bersabarla dia tu mmg bodh sikit’. Buat pengetahuan semua, saya bersabar dengan kerenah adik ipar yang sangat kebudak budakan dan sukakan attention ni dah lama. Cuma baru ni dia mengata saya macam2 saya amik keputusan taknak la rapat sangat dengan dia macam dulu. Disebabkan hal ni suami mengamuk maki hamun sampai saya tinggalkan rumah dia.
Dalam amukan dia tu, terkeluar ayat saya boleh duduk rumah 24/7 sebab dia keluar bekerja. Buat pengetahuan semua, saya bukan asalnya surirumah. Saya kerja dengan gaji 6k sebulan. Saya ambil keputusan berenti kerja sebab nak focus anak pertama kami dan sekarang tolong jaga restoran dia. Lepas 2 tahun cuti panjang saya pergi kerja semula tapi lpas tu berenti sebab kami ada restoran dan kami gajikan pembantu rumah. Sekarang saya dah tak ada pembantu rumah. Daripada pergi pasar smpai basuh jamban semua saya buat sendiri. Dalam masa yang sama saya jugak uruskan restoran. Dia boleh pegi bekerja, outstation, buat kerja partime sebab urusan rumah dan restoran saya buatkan. Dia tak pernah berterima kasih dan menyakitkan hati saya dengan ungkitan macam ni.
Bila ada isu dengan adik ipar, saya dah bgtau ini ujian dalam rumahtangga, janganla masuk campur dan bagi masa utk keadaan baik semula. Yang sedihnya dia backup adik ipar dan ketepikan perasaan saya. Anak saya sekarang dah mula faham benda. Saya sangat kesiankan dia bila setiap kali kami bergaduh. Saya dah tiada hati nak berbaik buat masa ni tapi semalam saya bgtau saya minta maaf. Respon dia sgt dingin dan dalam msg dia masih maki hamun saya tapi saya tak jawab.
Saya mat! akal macam mana nak mulakan hidup baru dengan anak saya ni. Saya serahkan hal jodoh pada Allah swt kalau panjang jodoh takpelah saya redha utk mengadap dia dan keluarga dia yg banyak songeh dan tak reti bersyukur ni smpai saya mati. Saya banyak lebihkan keluarga dia untuk banyak hal, cuba berbaik dengan semua org tapi saya tak pernah dihargai. Tak mintak penghargaan pun sebenarnya cukup jangan lukakan hati saya dengan isu pelik pelik. Tapi kalau tak ada jodoh saya dah tak nak ingat hal lepas dan nak teruskan hidup sahaja. Apa pandangan pembaca?





November 4, 2018
Awak rasa tidak dihargai, sebab dulu awak pun tidak menghargai.