Salam admin mohon post yee.. dan hide sikit.. Sebab isteri saya hari 2 baca post kat krt ni lepas balik kerje.. Sambil2 belai2 aku.. Walaupun waktu tu aku dan anak2 dah dibuai mimpi.. Selalu juga tersedar waktu isteri belek2 kepala.. telinga.. aku.. Tapi aku buat2 tidur. ini luahan hati sang suami yang banyak dosa kepada isteri dan anak2 tanpa disedari .. Maaf kan babah..
kawin dah masuk 10 tahun.. Anak dah masuk 4 usia 27 dan wife 28. kawin agak muda dahulu.. Tujuan post ni hanya luah perasaan kepada isteri yang banyak bersabar.. Banyak memaaf.. Banyak dugaan atas satu matlamat.. Iaitu disayangi dan meyayangi.. Sayang maaf babah sebab kamu tak sempat merasai zaman muda.. Maaf kan babah sebab kamu tak merasai hidup berkawan seperti gadis yang seusia dengan kamu dulu..
Maaf kan babah kerana hidup kita pernah kucar kacir.. Tapi kerana berkat doa dan sabar seorang isteri semua tu kita tempuh semudah A, B, C… macam2 hal dan dugaan kamu bersabar… ye la.. Kawin muda jiwa pon muda..
kepada suami di luar sana mungkin kadang2 masalah kita lain2 tapi pikirkan 1 perkara ni Tugas dan tangungjawab kita ialah melaksanakan misi yang kita mulakan dulu… jaga lah hati isteri n anak2 kita.. Walaupun kita dalam masalah.. Hiburkan mereka belai mereka… insyaallah Allah permudah urusan kita..
Isteri ku.. Maafkan babah jika sebelum ni babah pernah menyakiti zahir dan batin.. Pernah makan tak cukup.. Raya macam tak raya… siang macam malam.. Malam macam siang.. Engkau lah wanita terhebat.. Mungkin sebelum ni mata hati babah kabur atas pengorbanan dan kejujuran mu.. Engkau lah isteri ku dunia akhirat..
sayang percayalah Allah akan bantu keluarga kecil kita ni.. Kerana engkau telah banyak berkorban.. doamu pasti Allah makbulkan.. Kerana engkau ibu terhebat.. Sayang maafkan babah yee.. atas dosa dan kekurangan babah ni.. Jangan kecam tau.. Bro2 dwn sis2..
sebab anak no 4 ni aku banyak emosi.. Hati jadi tisu.. Tidur nak pakai kain batik.. Bab makan pulak.. Aku yang banyak mengidam.. Pembawakan anak mak aku cakap.. Sebab Allah nak uji perasaan aku.. Yang sebelum ni aku layan tak layan mental isteri aku waktu megandung dlu.. Ni baru sikit Allah uji ni.. YA Allah macam ni rupanyee hidup berumahtangga..




