Assalamualaikum warga KRT. Aku cuma nak meluah apa yg terbuku dihati. Tak dapat nak luah dengan perkataan pada sesiapa, jadilah sekadar pada tulisan.
Aku seorang isteri dan ibu. Dulu aku wanita berkerjaya, tapi atas desakan dari suami, aku dipaksa berhenti kerja. Ikut suami tinggal dia kampung yang agak boleh tahan ulunya. Sekarang aku Surirumah sepenuh masa. Dah 5 tahun berkahwin. Bakal melahirkan anak kedua tak lama lagi. Jarak dengan anak pertama tak banyak. Setahun seorang. Agak lama jugak nak dapatkan zuriat pertama. Alhamdulillah sekarang ada yg kedua.
Aku bukanlah isteri yang sempurna masih ada salah silapnya Masalah aku tak la sebesar mana tapi mungkin kalau dibiarkan makin parah rasanya. Hubungan aku dan suami biasa2 je, makan pakai cukup2 makan. Aku stress sebab tak dapat luahkan apa yg aku rasa selama ni. Sebelum ni, suami kerja gajinya sikit, tapi masih rasa manisnya keluarga. Kebetulan suami dapat kerja dengan gaji yang Alhamdulillah, aku pon pregnant anak pertama. Suami aku, sejak ada anak, jarang sekali tidur sekatil. Dia lebih suka tidur di luar atau bilik lain. Sembang dengan aku pon jarang, lebihkan pada phone, main game pantang ada masa.
Dulu sebelum ada anak pon main game jugak, tapi tak seteruk sekarang.
Kadang2 anak nak main dengan dia pon susah. Kesian aku tengok anak sendiri dilayan macam tu. Bila aku marah, “ok la dari main perempuan”. Ayat gampang yg paling aku sakit hati.
Dia akan masuk bilik, bila dia sangap. Masa tu, bukan main dia mengayat. Aku yang dah lama sakit hati, rasa sedih bila dia nak bersama. Sedih sebab cari aku bila dia “nak” aje. Kadang2 aku menangis lepas dia melepaskan nfsu.
Kalau keluar, dia jalan depan, aku ntah kemana2 sorang2 cari barang.
Nak ambil gambar bersama pon susah, kadang aku malu dengan adik beradik Bila aku ajak dia ambil gambar dia buat muka. Bulan lepas, phone dia tukar password yg aku tak tahu, aku tanya, tapi dia tak kasi tahu pon. Aku yg nak menjaga emosi sendiri sebab tengah pregnant ni, abaikan je la semua tu, padahal dalam hati sedih ya amat. Baru ni aku check ig dia, kebetulan aku boleh login account dia, dia search exgf dia. Tak mengaku jugak. Last2 aku yang dimarahnya. Salah ke aku sebagai isteri ni cemburu, marah? Kenangkan anak didalam perut ni, aku kawal emosi marah aku.
Dulu masa awal2 kahwin dah kantoi dia cari exgf dia, harini aku jumpa lagi sekali. Sehari aku menangis, bukan sebab jealous. Aku sedih dengan diri aku yg dilayan macam ni. Baru 5 tahun kahwin, tidur dah asing, bilik lain2, alasannya, panas. phone sorok password, duduk berdepan tapi phone lebih jadi keutamaan. Mungkin aku teremosi lebih sebab pregnant. Kadang aku cemburu tengok sepupu2 aku, tidur pon masih berdua, walaupon anak dah 3. Masih dicium suami walaupon dah berisi. Aku? Lahirkan anak pon tak dapat ciuman, terima kasih pon tak ada. Hanya berlagak bahagia saja depan semua. Dah tak merasa semua tu.
Bukan aku tak pernah cuba untuk cari perhatian dia, hari lahir dia, aku buatkan kad, dia hanya tengok saja, letak tepi. Macam tak dihargai langsung usaha aku. Aku tengok kad tu, aku yg menangis sendiri. Aku ambil simpan kad yang aku buat, bukan dia yang simpan
Sekarang ni, aku dah kurang bercakap dengan suami, aku pilih mendiamkan diri, makan sendiri, bila dia ada dirumah aku berdiam dalam bilik. Ig pon aku dah unfriend dengan suami, fb/whatsapp, aku hide kan story, aku dah didalam zon malas nak ambik peduli & jaga hati sendiri.
Andai suatu hari nanti, terbukti dia ada pengganti, aku sendiri akan pergi. Mungkin masalah aku biasa pada orang, tapi bagi aku, perbuatan dia menyeksa jiwa. Maaf kalau terpanjang berjela. Aku hanya ingin melegakan jiwa. Maaf semua. Assalamualaikum Dari isteri yang inginkan perhatian suaminya.




