Asalamualaikum warga KRT. tak tau nak mula kan cerita dari mana sebab cerita nya panjang . Hampir 3 tahun saya berpisah dengan bekas suami dan berkahwin dengan suami yang baru . saya berusia 21 tahun , bekas suami 25 tahun dan suami 38 tahun . Hmm selama saya berkahwin baru sampai ke saat nih saya selalu di hantui mimpi2 bersama bekas suami saya . Hampir kerap kali saya mimpikan dia di setiap mimpi tido malam dan siang saya . dalam sebulan dekat 20 hari saya mimpikan dia kerana saya seorang yg senang mendapat mimpi .
Saya juga kerap mengigau mimpi sebut nama dia (suami saya beritahu saya) saya sangat kasihan melihat suami saya sekarang yang menahan perasaan cemburu bila dia tau bini dia kerap mimpi dan ngigau kan orang lain. (bekas suami) saya bermimpi menangis minta ampun dengan bekas suami , mimpi bersama dengan dia ,bergurau senda serta ada anak baru bersama dia. saya dah buat solat istikarah minta petunjuk atas mimpi tersebut namun gagal mimpi tersebut tetap berulang hingga kini sampai saya menangis merindui dia..
Saya berpisah dengan bekas suami pada tahun 2015 , bekas suami melepaskn saya dengan talak satu atas sebab saya curang dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan mama . Hubungan saya dan dia hanya dapat bertahan selama 2 tahun sahaja . Penyebab nye saya . Saya di izinkan oleh bekas suami untuk bekerja jauh dari dia ikut kawan. nak rasa bebas. nak tolong dia. Saya mendesak untuk di izinkan pergi walau berat hati dia nak melepaskan saya kerana bimbang tentang anak kami yang masih kecil terpaksa berjauhan. Saya ugut mahu juga pergi tak suka duduk di kampung.
akhirnya saya di izinkan dengan syarat pandai jaga diri dan tak lupa status saya sebagai bini orang. Sesampai di sana saya berkerja duduk di hostel bersama kawan2 saya kerap keluar malam ikut mereka pergi karoke. makan2 dan jalan2 kadang teman mereka pergi dating saya keseorangan. Tiba2 saya jatuh hati pada seorang jejaka juga teman kawan saya. saya menipu dia mengatakan saya janda anak 1. Saya baru dilepaskn dan saya bawa diri jauh kerja untuk lupakan bekas suami (saya tipu) selama 5 bulan saya bercinta dengan dia dalam diam.
selama 5 bulan saya tak balik tengok suami dan anak. selama 5 bulan jugak saya punya life cam takde hati perut. Saya dah macam anak dara ! selama 5 bulan jugak bekas suami saya tak berhenti chat saya ajak balik dengan hantar gambar anak kami dan gambar dia sedang menangis. Allahu hati nih sangat sebak tapi disebabkn cinta baru saya tak peduli perasaan bekas suami dan anak . Saya mula berpaling tadah chat bekas suami minta dilepaskn kerana saya ingin berkahwin dengan pakwe saya.
Bekas suami saya call bertalu saya off hp saya send gambar mesra saya dan pakwe baru untuk buat dia sakit hati dan lepaskan saya dengan segera. Dia minta saya balik untuk berbincang hal nih . Saya berkeras tak kan balik selagi surat mahkhamah tak sampai rumah untuk dia lepaskan saya. selama sebulan akhirnya surat perintah mahkhamah sampai ke rumah mak saya dan mak saya call beritahu suruh balik. saya ambik cuti 4 hari dan balik untuk uruskan penceraian kami. Selama 4hari saya di kampung . 3 hari kami bersama di hotel tanpa pengetahuan sesiapa atas permintaan terakhir bekas suami saya turut selepas bersama saya peluk dia erat.
Seerat sangat smbil menangis memohon ampun . Dia tetap sabarkan saya dan berkata semua nye dah terlambat hati dia terlalu sakit . Hari ke 4 kami di mahkhamah dia lepaskan saya saya melihat mata dia sangwt merah dan dia menangis . Namun saya tak menangis sampai rumah saya menangis sepuasnya di pangkuan mak dan nenek. dia datang ke rumah untuk memujuk memberi masa sebelum kami rujuk kembali. Tapi saya enggan berjumpa dia dan tak nak rujuk . Saya kembali bekerja dan pada malam itu saya berjumpa dengan pakwe saya dan beritahu dia bila dia nak datang melamar saya. Dia kata “dia tau segalanya saya nih isteri curang dan dia tak mahu kahwin dengan perempuan penipu cam saya” saya menangis semahu nya.
Dunia ibarat menghempap muka nih. Saya ambil keputusan untuk behenti dan balik ke kampung jaga anak. Sehingga saya berkahwin baru pada tahun 2016 . Ampun kan aku wahai suami ku atas segala dosa2 ku pada mu dahulu. Mimpi2 itu membuatkan aku sangat merindukan mu hanya tuhan yang mengetahui. sekarang aku bahagia di samping suami tercinta sedangkan kau ? Masih sendiri dan sengsara. maafkan aku 10/10/2013