Assalamualaikum min tolong hide profile saya ya? Kat sini saya just nak luahkan apa yang terpendam dalam hati nie dan minta pendapat rakan2 yang membaca luahan ini. Saya dah berkahwin selama 2 tahun, awal perkahwinan memang semuanya indah sampailah saya berpindah ke rumah keluarga mentua. Di situlah segalanya bermula, saya bukannya nak memburukkan sesiapa cuma rasa tak berpuas hati bila kekurangan diri ini dijadikan bahan gurauan dan sindiran orang. Selama 2 tahun berkahwin nie suami banyak sangat berubah menjadi seorang yang saya tak pernah mengenali. Sikap dan perwatakan dia dah tak mcm pertama kali kami berkahwin.
Keluarga mentua saya memang tak suka saya dari awalnya lagi, perkahwinan saya dan suami pun tiada ahli keluarganya yang datang pada majlis perkahwinan kami. kami disatukan kerana adanya ayah mentua saya, diberikan hantaran yang sangat rendah bagi seorang wanita seperti saya mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang pendidikan tapi hanya diberikan wang hantaran rm 3000 berserta rm500 mas kahwin.. tapi semua itu saya ketepikan kerana saya menyayangi suami, mana tak sayangnya min saya bercinta dengannya hampir 4 tahun. Walaupun pada masa itu dia langsung tidak berkerja, selama 2 minggu saya dan suami menginap di rumah mak saudara saya dulu sebab kedua ibu bapa saya dah men!nggal dunia.
Kami berpindah ke rumah mentua atas alasan tak mahu susahkan mak saudara saya. Saya menetap di rumah keluarga mentua saya selama beberapa bulan sahaja dan berpindah ke rumah sewa yang lain selepas itu. Nak di jadikan cerita rumah sewa saya duduk itu berhampiran dengan kawasan rumah keluarga mentua saya. Para kakak ipar dan biras saya datang tak berhenti henti, apabila mereka di rumah pelbagai masalah di sebutkan kepada suami saya. Antaranya adalah dapur tak lap, singki tak bersih, longkang tak cuci, sapu sampah tak bersih dan mop kadang kadang. Suami pula apalagi mengarahkan supaya saya membersihkan kawasan rumah. Pada masa tu min saya rasakan saya nie umpama orang gaji mereka, nak air lah nak makan lah.. bermacam macam mereka lakukan untuk memuaskan hati mereka.
Di jadikan cerita pula saya tak boleh mengandung susah nak lekat dikatakan sebagai perempuan mandul. Ya Allah sedihnya min, terasa saya nie min. Saya dah cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan zuriat. Suami pula asyik nak menikah lain, disuruhnya saya memilih calon isteri untuk dia lagi. Min, saya cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang isteri yang sempurna untuknya tapi tetap terlihat kekurangan saya dimatanya. Sampai ke hari ini mereka melayan saya tak ubah seperti orang luar dlm keluarga mentua. Puas dihina dan dicaci, suami saya tak kurang hebatnya bila semudahnya membbikan saya, membodohkan saya..
suami dah mula tak lekat di rumah, sentiasa berada di luar.. lepak bersama kawan dan yang paling kurang nya dia dah tak bersama saya min. Bila saya diuji sebegini datang pula bekas boyfriend saya dulu Saya tak tahu min hati saya sekarang seolah diberi nafas baru. Dah tak rasa sakit mcm dulu, saya banyak luahkan pada dia ex tentang saya dan suami. dia banyak menyokong dan skrg min saya mula sayangkan dia mcm dulu ii, kadang kadang terlintas di fikiran nie untuk menuntut fasakh kerana suami tak mampu memberi nafkah kepada saya dari segi zahir dan batin saya.. min, tolong saya.. saya buntu sangat




