Assalam.Saya ingin berkongsi dgn semua pembaca tentang kisah rumah tangga saya yang cuma bertahan selama setahun. Saya berkahwin dgn duda. Saya kini hamil anak sulong. Dulu isteri dia yang minta cerai sebab tak mahu bermadu, sekarang Saya dapat tahu suami selalu ke rumah bekas isteri untuk memuaskan nafsu apabila saya keluar bekerja.
Suami kerja sendiri. Saya bertanya hal tersebut dan sedia berbincang dgn suami andai ada kekurangan saya. Tetap suami tidak mengaku. Saya berdiam diri kerana taknak bergaduh tetapi dalam diam saya berjumpa dgn ketua taman perumahan bekas isteri utk memaklumkan kejadian itu. Ketua taman sedia memberi kerjasama.
Tuhan maha adil, satu malam saya maklumkan kepada suami utk pulang ke rumah emak saya. Saya sembunyi dalam kereta yang saya sewa khas. Tuhan maha adil, suami saya ke rumah bekas isteri utk tido. Malam tu jugak ketua taman tangkap suami dgn bekas isterinya. Mereka mengaku bernikah tetapi apabila minta bukti nikah tak ada. Suami saya telah dilarang ke rumah bekas isteri sehingga dapat tunjuk bukti.
Hampir sebulan kejadian tersebut dan sebulan juga suami tidak ke sana. Apa yang menyedihkan saya, ketua taman mengaku pada suami saya yang report. Suami sangat marah dan menceraikan saya kerana telah memalukan dia. Saya sedih kerana ketua taman tidak amanah tetapi saya bersayaukur kerana saya tidak perlu hidup dgn lelaki yang suka berzina.
Saya akan terus kuat utk ank didalam kandungan. Tiada istilah sayang suami kerana risau anak tidak mendapat kasih sayag ayah. Tetapi saya lebih risau hidup dgn lelaki yang tidak tahu beza halal haram. Bagi mereka yang senasib dgn saya….jgn dera perasaan sendiri dan anak2 kerana suami yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih admin.