Asalamualaikum semua.. Minta rahsiakan profile saya. Saya mempunyai seorang isteri dan seorang anak yang nk masuk 2 bulan. Nak pendekkan cerita kami pjj dimana saya bekerja di johor dan isteri saya di melaka. Kami sudah 1 tahun berkahwin. Memang betul saya ada izinkan isteri saya bekerja di melaka dan tinggal bersama keluarga.
Memang tidak dinafikan kita manusia siapa yang tidak sayang ibu siapa yang tidak sayang keluarga. Tapi perempuan harus tahu selepas saja suami akad nikah terlepas la semua tanggung jawab ibunya kepada suami. isteri perlu la taat kepada perintah suami dan jalankan tanggungjwb sebagai isteri.
Dalam masa yang sama saya suruh isteri saya cari kerja di johor dan bila ada anak nanti kita bole bina satu keluarga di bawah satu bumbung yang aman tanpa ada org ketiga. itu la matlamat saya apabila sudah berkahwin. Sebagai isteri pula mereka perlu tahu ape tanggungjwbnya. Disini saya hendak memberitahu masalah yang saya hadapi selama ni selepas mempunyai seorang anak, isteri saya berubah serta merta.
sebelum kawin saya tahu memang dia seorang yang manja terhadap ibu dan adik bradiknya. Tapi saya tidak sangka isteri saya sanggup lupa kan tanggung jawab kepada suami dan sanggup biarkan saya di johor semata2 hendak tinggal bersama keluarganya. Saya dah cuba banyak kali nasihat isteri saya tapi banyak alasan dia bagi. Saya tahu dia berat untuk tinggalkan ibunya dan sanggup lupakan tanggungjwb sebagai isteri.
Saya percaya ini mungkin ada orang ketiga. Sekiranya ibu bapa die ada bagi sokongan dan nasihat mungkin benda ni tidak jadi. Isteri saya tidak paham kenapa saya selalu marah dan kadang2 saya termaki Saya tahu hati prmpuan ni sangat kecil apabila di marah. Ini kerana sebab saya terlampau sayangkan isteri dan anak saya. Suami mana yang tidak sunyi apabila keseorangan?
Saya smpai sekarang tidak tahu isteri saya ni faham atau sengaja buat tidak faham. Saya kerja kerajaan bergaji 3k Setelah beritahu pendapatan saya kepada isteri, isteri cakap duit anak pon kena bagi 500 setiap bulan untuk belanja. Sudah potong2 hutang tinggal la 400 hendak belanja. 400 itu la nak tampung makan saya. Itu la juga belanja harian saya dan untuk pengetahuan setiap minggu saya akan jalankn tanggungjwb untuk jenguk anak dan isteri.
Bila saya uji isteri, cakap yang saya tiada duit apa yang saya harapkan dengan gaji kerjanya boleh la membantu saya. Tetapi jawapan yang dia bagi sangat mengecewakan. Dengan itu saya ambil keputusan beritahu isteri saya berhenti kerja dan tinggal bersama saya. Dan serta merta saya tidak izinkan isteri saya bekerja lagi.
Mungkin dengan keputusan saya ini membuatkan isteri saya benci kepada saya dan tidak bole beri jawapan kpd saya sudah hampir 3 mnggu tidak msg dan tidak call. Saya tidak tahu sampai bila harus saya sabar dengan dugaan yang Allah bagi supaya lembutkan hati isteri saya balik kepada saya. Saya rasa saya dh tak kuat nak hadapi cabaran ni. Kerja saya pon terganggu.
Hanya Allah yang tahu betapa saya sayang isteri dan anak saya. Saya tidak tahu ape salah saya terhadap keluarganya. Harini saya sedih bila perasaan saya di abaikan. Saya cuba doa yang baik2 untuk isteri saya. Mungkin tanpa isteri saya di rumah mertua sunyi dan mak mertua hanya bergantung kepada isteri saya.
Saya hanya bole bercakap dengan ibu mertua di luar sana sekiranya sayangkan anak perempuannya, jangan la amek keputusan untuk lepaskan dulu. Suruh la anak Berbakti dulu pada mak agar tiada lagi hati suami yang terguris. Kalau la ibu mertuaku duduk di tempat saya mungkin akan rasa betapa sakitnya. Taat kepada perintah suami adalah salah satu jalan untuk menuju ke syurga firdaus. Sekian terima kasih