Salam min. Tolong hide profile fb saya ni min.. Saya nak kongsi satu cerita ni. Memandangkan baru2 ni ada kes campak bayi dari tingkat 3 tu. Saya nak kongsi kisah hidup saya.
Bismillahirahmanirrahim.. Sejujurnya min, anak yang sekarang, yang saya belai yang saya tatang adalah anak tidak sah taraf min. Alhamdullilah umurnya nak masuk setahun dah. Orang kata kalau mengandungkan anak luar nikah nikmat mengandung tu semua takde. Tapi tidak, saya lalui semua macam orang biasa mengandung. Muntah mabuk semua saya lalui.
First pengalaman saya, yang saya nak cerita tak pernah lagi saya kongsikan kisah hidup saya ni dekat orang lain walaupun saudara terdekat atau ibu bapa saya sendiri. Mula2 baby ni ada dalam perut saya, saya tak sedar lansung. Mula2 memang pelik kenapa tak datang bulan. Kenapa tekak mual. Rasa nak muntah. Pening2.. Macam2 yang berada difikiran. Makin lama perut makin membuncit, sampai semua orang tegur tanya kenapa perut buncit? Yang lain tak naik pun. Nak kata gemuk perut je buncit. Selama saya mengandung tu lelaki yang buat saya tu mengandung lah yang ambik berat pasal saya. Penuhkan keinginan saya. Bawa checkup. Beli barang baby. Lelaki tu alhamdulillah dah jd suami saya yang sah sekarang.
Ayah kpd baby ni betul2 nak tanggngjawab atas apa yang dia dah lakukan. Tapi saya tidak, saya rasa emosi. Rasa benci dgan kandungan ni. Saya Rasa kandungan ni menyusahkan sangat Sampai saya tak nak makan, tiap hari tumbuk perut biar baby hilang nyawa. Masa tu stress gila. Sampai satu masa, nak dekat hari bersalin dah. Lelaki tu dengan beraninya dtg ke rumah ibu saya berjumpa dgan ibu ayah saya sendiri untk bagitahu tentang kandungan saya. Pada mulanya ibu ayah agak marah, tapi lama2 ok. N dapat terima. Kami menikah masa bayi masih dalam perut. Pernikahan tu tetap sah ye. Kerana ustaz cakap kita mengikut mazhab syafie. Tak perlu nikah balik semula. Saya masih tak boleh accept kandungan saya ni. Sebab saya taknak hilang kerja, taknak malu. N tak kuat nak tempuh dunia luar N berjumpa masyarakat.
Dengan izin Allah swt. Selang sebulan pernikahan kami, saya dah mula mengalami sakit contraction bersalin Alhamdulillah saya bersalin juga.. Ni lah orang kata ye puan2, sayang terhadap anak tu lain. Allahu, saya dah rasa sakit perit melahirkan anak tu. Baby klua je saya dengar dia menangis. Nurse terus bagi saya untuk susukan dia kali pertama. Sejujurnya saya cakap masa tu baru saya rasa macam mana seorang ibu sayangkan anaknya. Sejujurnya saya cakap masa tu saya sanggup berganti nyawa dgan dia jika dia tak ckup nyawa. Saya sanggup mat! asalkan anak saya selamat. Kebesaran Allah. Saya sangat2 sayangkan anak yang dlu saya benci.. Dialah harta dunia akhirat saya..
Nasihat saya untuk gadis2 yang dah terlanjur diluar sana. Jangan takut untuk hadapi kebenaran. Percayalah anak itu rezeki Allah walaupun statusnya tak sama macam anak orang lain. Tapi dia tetap anak kita!! Darah daging kita. Dia tak salah, dia tak berdosa. Yang salah berdosa kita sendiri..Jangan lah membenci sampai nak campak anak atau buang anak atau bunuh anak.. Life saya sekarang ni makin bahagia, rezeki alhamdulillah tak pernah putus..Saya percaya tu semua balasan sebab sayangkan anugerah yang Allah bagi tu.. Tq min..




