Assalamualaikum warga KRT.. Saya ingin meluah dan meminta pendapat.. Perkahwinan saya baru nak masuk 3 tahun dan telah dikurniakan dua orang cahayamata.. Sejujurnya, perkahwinan saya telah diuji sejak awal lagi.. Saya telah mendapat tahu suami telah bercinta dengan seorang janda dan telah berzinq sejak sebulan sebelum kami berkahwin lagi..
Hubungan mereka berterusan sehingga lah saya melahirkn anak pertama.. Berkat kesabaran serta doa dari mak mertua dan ahli keluarga saya.. Si suami telah putus dengan si janda itu.. Suami meminta maaf dengan saya dan berjanji untuk berubah.. Dan ketika itu jugalah saya sering dikacau oleh janda itu.. Janda itu menghantar segala video mesra mereka dahulu dan tidak tinggal juga video mereka berzinq..
Hati isteri mana yang tidak hancur bila melihat semua itu.. Tapi apabila suami betol2 ingin berubah dan menyesal.. Saya cuba melupakn segala peristiwa pahit itu.. Tapi selepas setahu. Mereka putus.. Tiba2 si janda itu telah memasukkn gambar suami saya bersama dengan dia di dalam media sosial dengan caption terima kasih pernah hadir memberi bahagia.. Saya tanya pada suami sama ada dia masih berhubung atau tidak dengan janda tu..
Suami bersumpah kate tiada berhubung lagi dan langsung tiada no perempuan itu langsung.. Baru2 ini pula Si janda sengaja meletak caption di media sosial dengan caption suami awak boyfriend saya dan boyfriend saya milik orang.. Saya berasa was2 dengan status janda itu sebab janda itu memang masih menaruh harapan pada suami saya.. Ape yang perlu saya lakukan ye..
Saya tanya suami tapi suami bersumpah tidak berhubung lagi.. Tapi perempuan itu macam tahu saja setiap kali saya bergaduh dengan suami pasti dia sengaja meletak caption yang menyakitkn hati saya dan menyebabkan saya was2 dan berprasangka pada suami.. Adakah si janda itu itu sengaja mahu meruntuhkn rumah tangga saya kembali atau segala sumpah suami tu dusta.. Saya betol2 bingung