slm admin, mohon hide fb saya, terima kasih. saya nak tanya pendapat krt. saya baru berrkahwin. belum dikurniakan anak. wajarkah tindakan saya menyekat media sosial isteri saya sebab dengan media sosial ni banyak pengaruh isteri saya. Dari bab membawang sampai la bab melayan. puas saya nasihati dia tetap tak berjaya. suruhan saya tidak la melanggar syrak kan? adakah saya keterlaluan? dia protes macam2 terhadap saya. layan saya tak mau. tarik muka dan macam2 lagi. isteri saya suri rumah. alhamdulillah nafkah zahir batin saya jalankan. saya pun bukan jenis melayan perempuan luar. kira adilkan tindakan saya? saya pun tidak bermedia sosial.
Dia siap ada adik angkat 2 orang lelaki. alasan dia kata tu adik angkat dia jenis lembut. dah namanya lelaki tetap bukan mahram kan? saya tak nak la sampai bercerai berai. tapi jangnlah uji dan cabar kemampuan saya. saya mengaku saya kuat cemburu. tapi bukan cemburu buta sebab saya jenis orang berbincang dan selidik dahulu. dan saya tak peenah naik tangan kat isteri saya. isteri saya banyak komplen dan jenis tak bersyukur. suka merendah-rendahkan saya. tak pernah puji saya. saya alhamdulillah keje tetap dan profesional. terus terang ramai pompuan nak kat saya. bila saya tahan nafsu dan dugaan, isteri pula perangai macam ni. hmmm..