Assalam krt.. Aku ni semakin berserabut dengan bekas isteri.. lepas kami berpisah hanya 2 tahun dia jaga anak2 tapi lepas dia tahu aku berkahwin baru dia terus antar anak pada aku dan minta aku jaga sedangkan selama ni nafkah aku beri macam biasa tak banyak aku tahu..800 untuk 2 org anak memang jumlah yang sedikit tapi itu saja aku mampu.
sekarang bila anak dekat aku memang sukar nak kerja kena jaga anak, ambil dari sekolah masak untuk mereka dan bila ibu tiri mereka balik baru aku boleh pergi kerja. kira nak kerja biasa ada ot yang boleh buat lebih pendapatan memang tak boleh. ade sahabat nasihat hantar saja pada ibunya sebab bila berpisah anak2 akan dijaga ibunya dan ayah wajib hantar nafkah pada anak2 tapi dah cuba dia tak nak sebaliknya dia hantar balik rumah mak aku. serabut betul sebab aku bukan jenis kejam macam dia sampai anak sendiri pun buat tak peduli je. bayangkan dalam setahun dia jumpa anak sekali dan tak pernah call berbual.. sekarang ni live call pun ade nak tak nak je.
Jadi kalau ade sape2 boleh kongsi sikit ape patut aku buat untuk wanita yang zaman ni makin banyak tak nak anak dengan dia tak macam wanita dulu kau tinggal kan aku pergi la tapi anak aku jangan satu pun kau sentuh. kita ni jahil dalam agama tapi bila dah berpisah kita kena bersusah juga sama2 untuk anak2 sementara dia masih kecil. bukan dibiarkan sebelah pihak sebab masing2 ada tanggungjawab pada mereka.