Assalamualaikum.. Admin saya nak dapatkan nasihat dan pendapat dari kisah saya. Tolong rahsiakan identiti saya ya. Saya seorang isteri yang sudah memasuki tahun ke 4 dalam alam perkahwinan. Sesungguhnya saya sangat bertuah dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan tidak berkira dengan saya dalam bnyk hal. Samaada kewangan, kerja rumah, serta hubungan dengan keluarga kedua-dua belahnya. Namun sebagai manusia, kita masing2 ada kelemahan. Kelemahan saya adalah kuat cemburu. Walaupun orang cakap cemburu tu normal, tapi saya tak pasti tahap cemburu saya ni normal atau tidak.
Kisah ni bukan sahaja tentang kekurangan saya, tapi juga tentang kekurangan suami yang sedang berperang dengan tabiat nya sendiri iaitu menyimpan gambar2 wanita dalam phone. Dia sembunyikan dari saya tetepi saya dapat tahu tabiat dia ni sejak tahun ke 2 dalam perkahwinan selepas saya membuka gallery picture dalam phone nya. Kami bertengkar. Dia marah saya buka phone (memang saya salah sebab buka tanpa izin) namun selepas itu saya cuba memahami dia. Dia memang ada niat dan telah cuba untuk buang tabiat itu, tetapi kadang-kala masih akan ulang semula terutama jika kami bersilih faham tentang seauatu.
Sekarang dia masih menyimpan gambar2 perempuan dalam phone ny. Cuma dah kurang dari dulu. Saya tahu kerana saya selalu buka telefon dia secara rahsia. Dimana dia sangat benci perbuatan saya itu Namun saya tak tetap buat hingga sekarang secara sembunyi2, terutama jika dia tibe2 seperti mengelak dari saya memegang phone nya (naluri isteri agaknya) . Apa yang membuatkan saya sangat cemburu adalah disebabkan gambar2 yang disimpan antaranya adalah gambar kawan2 kami bersama di University (kami belajar di tempat yang sama). Saya kenal orang2 dlm gmbar tu.
Saya tahu dia takda apa2 sekadar kawan sebab saya cek wasap mereka memang biasa2 je. Memang kami pernah berbincang dulu tentang tabiat save gambar itu. Dia cakap dia cuma suka tengok gmbar tu jadi dia save dalam phone tak lebih dari itu. Katanya dia suka tengok perempuan bulu kening tebal, berbaju kurung dan bertudung sopan. Memang gambar kawan perempuan yang di save tu berbulu kening tebal dan berciri2 seperti itu.
Saya cuba faham perasaan dia sebagai lelaki, cuma saya takut dia ada simpan perasaan pada mana2 perempuan yang di save gambar tu. Saya tak berbulu kening tebal dan tidak bergaya orangnya. Sedikit sebanyak saya tetap rasa cemburu kerana saya takda ciri2 itu. Tapi dia tak pernah membandingkan saya dengan perempuan lain, kecuali masa awal perkahwinan saya teringat dia pernah suruh saya mekap lukis bulu kening. Tapi saya tak pandai jadi dia tak paksa.
Saya cuma harap yang dia memang benar2 simpan gmbar tu sebab suka pada gaya nya sahaja dan tak lebih dari itu. Selain tu saya hanya berdoa sebab hati manusia Allah yang pegang. Saya tak boleh nak ubah. Di samping itu saya tetap akan memantau dia. Bukan tak nk berbincang, tapi kami dah duduk berbincang 2 kali, tapi dia tetap buat lagi. Jadi ni lah usaha saya yang terakhir. Berdoa. Cuma persoalan2 di atas memang akan mengganggu saya. Sekian luahan saya.