Salam min. Aku nak carita sikit. Aku tengah sedih lepas kantoi suami aku curang. Macam2 lagi. Tapi biar aku cerita bab curang suami aku je. Selqma ni dia yang tuduh aku ada jantan lain. Last2 dia yang curang. Aku boleh tau sebab sehari sebelum dia pergi operasi, aku check henfon dia. Dia pakai pasword. Aku cuba sampai boleh min. Allah nak tnjuk dekat aku perangai laki aku. Laki aku jens kalau aku puji perempuan lain, dia langsungg tak tertarik. Dia lebih kurang malaikat depan aku min. Sampai aku percaya laki aku jenis tak pandang perempuan lain. Tapi malam tu, Allah tunjuk dekat aku siapa laki aku sebenarnya.
Aku tengok hp dia. Walapun chat dia dengan perempuan tu dah padaa. Aku amik details permpuan tu. Bila laki aku pergi ops. Aku selidik belakon jadi laki aku. Perempuan tu balas siap cakap dah lama tak cntct.( berbulan dah tak contact. Tapi masih dalam tahun ni berhubung). Perempuan tu Siap antar gambar dia masa aku dok blakon wasap jadi laki aku min. Dia ingt aku ni suami aku. Aku pon layan. Aku tanya tak ada pakwe lagi ka. Dia cakap dia tunggu suami aku min. Aku balas cakap dah kawen. Dia pon balas dia tau dan dia pon memang dah kawen. Allahu. Sedih aku min. Seorang isteri sngup curang dengan suami sendri. Laki aku sangup msj dengan wife orang.
Last aku bagi tau dekat dia. Aku ni isteri pada suami aku. Aku cakap je yang aku ni tak suka bermadu. Kalau nak bagi tau. Aku undur diri. Aku tak suka nak gadoh pasal lelaki. Tak guna pun nak berebut. Dia cakap maaf dok layan suami aku. Dia cakap kesilapan aku myb aku kurang bagi perhatian pada suami aku. Myb aku sbk sampai lupa suami aku. Part ni aku sedih. 24jam aku hadap dia min. Masak tiap hari. Pi kje aku antar dkt pintu. Balik kje aku tunggu dpn pntu. Aku berkurung dlm rumah 24 jam. Kluar bila nak beli barang dapur je. Tak cukp lagi ka apa y aku bagi?
Selama aku berumahtnga. Aku kerje gov. Aku berenti sebab pjj 3 tahun. Aku ikot cakap suami aku min. Aku dok dengan laki aku. Bayangkan dia selalu ops 2 3 bulan. Setiap tahun 2 3 kali akan tinggalkan aku. Aku kentalkan hati aku bila berjauhan ni. Bila aku berhenti gov, aku stay berdua di kuaters dengan suami aku. Sekarang dah 5 tahun lebih perkahwinan kami. Masih belum dikurniakan zuriat. Allah uji kami. 2x aku keguguran. Checkup semua dah buat. Ada sikit masalah dari suami aku. Aku terima seadanya. Tapi, bila kesetiaan yang aku bagi, pengorbanan yang aku pertaruhkan, kekecewaan yang aku dapat. Aku sedih. Berkecai hati aku.
Bab nafkah laki aku bagi min. Sebulan 1k. Aku buat bayar hutng aku masa kje gov dulu. Hutang ni sebab aku nak stle masalah kereta aku. Bukan sesaja beruntug. Sebelum berhenti memang kami deal dah tentang nafkah. Alhamdulillah. Dia bagi tiap bulan. Aku respect laki aku sebab dia jenis duduk rumah akan kemas rumah selalu min kalau bab rumah aku tak risau sebab Laki aku memang rajin. Aku bahgian masak ja. Aku tak kacau bab kemas. Sebab nanti dia akan bebel kalau tenngok aku kemas. Ni kebaikan dia yang buat kan aku buta tentang perangai dia.
Cuma aku nak bagitau ja. Sebaik2 suami, jangan sangka baik selamanya. Biar ada sikit keraguan. Sebab bila kita dikecewakan, kita tak kan terkilan sangat dengan apa dia buat. Buat yang bergelar suami. Hargai isteri. Kami korbankan diri kami dari keluarga. Berjanji hidup semat! bersama suami. Menanti syurga di kemudiam hari. Hargailah pengorbanan kami walaupun kekadang ada menyakitakan hati suami.
Buat yang bergelar isteri. Hargailah suami disisi. Jangan sesekali curang dengan suami. Syurga awk pada suami. Tak perlu nak cari orang lain untuk curahkan rasa hati. Bab hati aku. Walaupun aku baru nampk 1 kecurangan dia. Tapi ada lagi kes lain yang aku tahu malam tu juga. Allah tunjuk dekat aku semua malam tu. Hati aku tawar dah min. Cakap dia tipu aku selama 5 tahun. Aku korban dri aku untuk dia. Untuk kebahgiaan kami. Aku percayaan dengan watak kesetiaan dia. Doakan aku untuk buat keputusn yang terbaik. Tq.




