salam admin hide fb saya. Tq admin. Kisah saya macam ni, saya baru 4 bulan berkahwin tapi saya dah rasa tawar hati dekat suami. Benarlah apa yang orang cakap, kita tak kan kenal pasangan kita selagi kita belum berkahwin dengannya. Sekarang bila dah kahwin, baru lah segala2nya yang terselindung, Allah tunjukkan kepada saya. Masakan tidak, dari awal perkahwinan lagi, nafkah suami tak pernah bagi. Barang2 dalam rumah, saya yang belikan semua.
Kadang minta suami tolong belikan pun, dia buat tak tau je dekat saya. Apa yang saya nak makan, saya lah yang kena sediakan semuanya sendiri. bukan suami. Suami hanya tahu main game 24 jam. langsung tak ade masa dengan isteri, berkomunikasi dengan isteri pun jarang2 sekali. selebihnya masanya lebih focus dekat MOBILE LEGENDS, POKER. kadang tengah makan pun dia main game, nqk tidur pun main game, bangun tidur pun game, masuk toilet pun bawak hp tu masuk sekali. kadang saya tak faham dengan dia ni. apa tujuan sebenarnya dia kahwin dengan saya ?
owh ya, 1 lagi perangai dia yang saya baru tau baru2 ni. suami saya kaki ketum! patut lah duit langsung tak pernah lekat, rupa2nya dia habiskan dekat air ketum tu.
kadang tu perangai dia teruk sangat, dia kerap marah and maki2 saya. nyaris juga nak pukul saya.. Tambahan pula sekarang ni saya tengah pregnant Hari2 saya stress saya sabar sampai ke hari ni apa yang dia dah buat dekat saya selama ni, maybe dia ingat saya tak berani ambik tindakan apa2 terhadap dia. Tapi sekarang ni saya betul2 dah rasa tak boleh hidup dah selagi saya berlakikan suami macam ni.
Baru2 kahwin dia dah tunjuk semuanya dekat saya, apa guna saya hidup dengan suami yang langsung tak ada tangungjawab terhadap isterinya? lebih baik saya buka fail dan cari kehidupan saya sendri. maybe itu yang terbaik.. tapi masalahnya sekarang saya tengah pregnant, boleh ke saya tuntut fasakh?




