Salam admin, hidekn saya. Harini genap 3bulan saya berkahwin. Apakan daya Tuhan nak tunjukkan dalam sekelip mata je. Saya kenal dgn wife saya sejak 2012. Saya menganggur masa tu. Dia kerja sebagai jururawat. Saya tekad nak kahwin dengan dia bila pertama kali jumpa dan masa tu jugak la beriya saya cari kerja di kl semate nak selalu jumpa dia. Banyak rintangan jugak sebelum ni yang mana tiap tahun mesti ada lelaki lain.
Tapi disebabkn saya yakin usaha dan doa boleh didik dia sehinggalah kami bertunang raya lepas. Wife saya selepas tunang suka mendaki alasan nak fitkan badan. Disebabkan pikir dah tunang dan dia pun tak buat perangai lagi. Saya pun percayalah dengan kehendaknya. Tapi kadang2 pun ada tanya ada menggatal tak sebab bila saya nak join dia tak bagi. Dia cakap jangan risau.. Banyak gunung dah didaki sehinggalah kami berkahwin pada april lalu.
Nak dijadikan cerita kami cuba alami hidup suami isteri. Tapi banyak sangat dugaan. Kereta wife saya kene samun sehari sebelum naik gunung. Saya cube la tunaikan tanggung jawab macam biasa. Datang lagi dugaan motor saya rosak. Kos rugi hampir Rm2500. Tapi masih rosak lagi sehingga sekarang. Pinjam sana sini. Wife saya pun kata dia boleh pinjamkan duit untuk saya. Saya paham memang tak patut, tapi sebabkn trdesak saya pinjam dan ganti balik sebelum raya baru ni.
Semakin hari semakin dia jauh dari saya. Saya ditendang waktu tidur Ajak berbuka sama dia kata letih Nak balik beraya pun taknak balik bersama. silapnya kami pjj. Tapi saya selalu ajak duduk dengan saya. Sebab dia dah tiada transport. Saya pinjam motor ex5 akak saya. Dia cakap jauh dia sakit pinggang.. sampilah ke hari raya. Kami tak bersama tido berasing bila malam. Waktu siang mesra depan orang lain bukan main lagi. Saya ajak pulang beraya kg saya pd raya ke-3. Dia kata tak nak. Puas saya pujuk shingga dia bagi syarat tak boleh bersama. Tak ape lah asalkan saya bawa jumpa mak saya. Raya ke 5 kami pulang ke kl. Wife saya keje esoknye.
Dan tepat jam 12am dia nyatakan hasratnya untuk meminta saya melepaskan nya dia minta saya ceraikan kerana dia hati dan jiwanya dia kata dah serah kat orang lain, dia kahwin sebab paksaan mak dia. Saya terkedu. Jerit pukul langsung tidak. Tapi masih cube berlembut.. itu yang saya sesal sampai pagi nie.. dia menghilang dekat 2 minggu. Whatsapp, facebook, insta semua di block. Saya p intip dia pergu kerja tak jumpa. Rupanya dia da ke thailand.
Sebelum ni beriya dia mintak izin nak ke thailand dengan rakan kerja ot dia. Saya pun sebelum ni ok je la sebqb pikir sayang, nak jaga hati semua. Bila stalk segala menda.. kantoi jugak dia pergi bersamara dana dengan lelaki idamannya. 14.7 Dia juga sudah unblock whatsapp saya. Saya cuba la mesej pujuk semua ingatkan dah lembut sikit hati. Saya beriya beli cake dengan bunga lepas kerja terus pergi hospital nak pujuk dia lagi… tapi Lepas maghrib saya terima mesej dari dia sesi rundingan di pejabat agama pada masa 17.7 . . Saya tahu isteri saya memang dah nusyuz tapi penantian saya selama 5 tahun, bekerja bagai nak rak kumpul duit nak kahwin, berikat perut, baju kerja pun dah tak seberapa punah macamtu je.
Sekarang ni saya pun dah keras hati.. Ada sebab Allah tarik nikmat ni sekelip mata. Saya dah sedar.. Alhamdulillah. Saya akan tuntut segala hak, kerugian, malu dalam masa terdekat ni. Banyak lagi kisah yang terjadi dalam 2 minggu ni tapi tak terurai kalau saya tulis panjang. Harap apa saya sampaikan ni kamu pun paham la.




