salam min.. aku nak cerita sikit. aku baru je balik dari hospital, Sekarang aku tengah hamil aku tersangat penat jage anak aku yang sakit tdur tak cukup lepas balik hospital sebelum balik rumah singgah ke rumah mertua dulu, lepas tu ajak suami balik pulak dia tak mau, dia suruh aku balik dulu. rumah dalam 500 meter camtu jadi. Ya Allah aku dahl a tak larat, badab habis sakit nak demam pula tu, dia pulak suruh aku blik dulu. Dia nak tengok tv. Tergamaknya Ya Allah.
Dia suruh aku drive balik sendiri. Aku balik je lepas pujuk2 tak jadi apa, aku pun balik aku drive dengan anak aku di stereng Bukan ape, aku blik nak rehat, anak aku merengek nak mandi nak tidur, tolong la hantar isteri dan anak balik, angkat barang ape semua. Dia langsung tak endah.. Sampai rumah je, rumah sangat2 bersepah. hati aku lagi bertambah sakit, suami tak ade langsung nak kemas rumah.
mase aku duduk hospital dia ada kate dia dah kemas rumah, aku langsung tak percaya. betul kata aku, rumah bersepah dia tak ade kemas apa2. kat luar pintu rumah, rak kasut tunggang langgang sekali, aku sedih sangat rumah aku dah macam rumah setinggan, denga busuknya rumah. Pempes dalam toilet seminggu tak buang, Ya Allah mental aku koyak, aku tak mampu. Dia sangat PEMALAS dan pengotor, toilet tak pernah basuh, macam ape kalau dia berak sampai ke dinding tak pernah nak berus asyik aku je basuh.
Aku sabar je. lepas tu, dia asyik guriskan hati aku nak kahwin lain, aku rase dah tak mampu nak halang, kalau ada orang nak kat dia, pergila aku da tak heran. perangai macam tu, amik la perempuan lain nak. Anak pn tak rajin mandikan tak pernah basuh berak, pakai baju pun dua 3 kali kot sampai anak aku besar, semua aku yang buat. rumah pun aku yang ketuk, aku yang baiki aku yang pasang tombol ke ampaian ke, lock rumah, paip sinaki ke ape tu semuanya aku buat..
Ya allah aku tak kuat Ya Allah. kalau dia nak ceraikan aku, aku rase dah tak kisah sebab banyak bnde aku buat sendiri. . Aku dah tak mmpu da bersama pasangan yang tak mau tolak ansur dan bekerjasama dengan isteri. kalau aku bebel dia pulak kate aku macam2, aku pula stress dengar jawapan dia. Allah, adakah aku ni tak reti bersyukur? aku pun dah lame tak tidur sekali dengan dia sebab anak, katenya anak ganggu dia tidur.
Setahun lebih dah aku tak tidur dengan dia sebab akan mengamuk kalau anak merengek menangis panjat atas badan dia time tidur. Apela nasib aku min. Ni baru sikit, belum cerita bab lain. Allah je tahu perasaan aku min. Ada benda je boleh puji, solat awal waktu, surau selalu pergi pastu tolong aku basuh kain masa mengandung ni, tu pun dia buat sebab terlalu nak anak, jadi dia tak nak la aku buat.
tapi kalau bab jemur kain, tunggang langgang bertindan tindan, aku ajar dia buat masuk telinga kiri keluar telinga kiri. Dia kata serabut dgr aku bebel. Muka je hensem min, bab solat dah cntik, tapi sifat gentleman tu langsung tak ada pada dia. Selalu guriskan hati aku bermacam2, letih aku nak menaip nak cerita, bia Allah je tau yang lain2 aku rase dah tak mampu min




