Assalamualaikum..
Saya nak tanya pendapat semua..
Kisahnya begini. Saya dan isteri dua2 kerja kerajaan. Isteri saya kerja unit berunifrom. Senang citer bershift lah. Saya ni pulak kerja office hour. Dulu kami PJJ tapi sekarang dah dapat duduk satu bumbung.. Duduk satu negeri dengan mak ayah saya..
Alhamdullilah syukur yaa Allah.. Tapi apa yang jadi masalah sekarang adalah isteri saya ni kalau bab keluarga saya memang dia tak suka. Kalau cerita bab keluarga saya mulalah dia nak masam muka. Saya sudah terangkan pada isteri saya walaupun saya sudah berkahwin, tanggungjawab saya pada ahli keluarga masih lagi dibahu saya memandangkan saya seorang abang kedua dan berada dekat dengan keluarga..
Kalau saya nak balik kampung jumpa mak ayah saya tu kadang2 curi-curi jer xnak isteri tau sbb Isteri saya ni tak suka balik rumah mertua Alasan dia mak mertua tak suka dia, bilik air pulak kecik.. Tapi hakikatnya bila saya balik rumah mak ayah dia saya redho jer dengan keadaan rumah die yang serba tak lengkap (rumah mertua saya di pantai timur.. Faham2 sendiri lah macam mana keadaannya)..
Pernah sekali kami bergaduh dan dia pernah cakap yang dia menyesal kahwin dengan saya.. Bila dah baik semula dia cakap time dia tengah marah jer dia cakap macam tu sebenarnya hati dia xmacam tu pon.. Bagi saya ayat yang diungkap itu sebenarnya lama tersimpan dalam hati cuma menunggu masa untuk diluahkan.. Sampai ke hari ini aku masih lagi teringat apa yang dia cakap.. Bantulah saya..
Assalamualaikum admin.. Mintak jasa baik admin utk berkongsi di wall cerita saya ini.. Terima kasih.. Huhu




