Assalamualaikum.warga KRT…aku dah berkahwin 10 tahun dan baru2 ini aku bercerai dengan suami aku..dan dalam tempoh edah suami ajak rujuk semula. tapi aku minta dia bagi masa. dalm tempoh edah tu ak berkenalan dengan seorg lelaki dari luaran gaya dan cara lelaki pilihan yang aku inginkan pandai baca quran. smbahyang tak tinggal.
Ok dalam waktu edah tu aku cuba la kenal nak ambik hati dia tapi dia macam tak layan waktu yang sama bekas suami aku. jadi macam tak terurus. aku pon jadi kesian lepastu terfikir anak2 aku. aku terima dan rujuk kembali dgn harapan dia berubah. Boleh bimbing aku. Tapi dalam waktu yang sama hubungan aku dengan lelaki tu semakin rapat dan ak merahsiakn yang aku dah berbaik dengan suami.
kerana ak tahu dalam hati dia dah berputik sikit perasaan. aku rasa bersalah. aku yang mengejar dia. apa aku nak buat. tapi satu lagi masalah suami aku .yaAllah taknampak perubahan untuk aku dan family..apa patut aku buat pada keduanya.




