salam.. dah lama nak kongsi baru sempat tulis. aku dah bercerai. masa ngandung 5 bulan anak ketiga. sebab suami aku nak dekat kekasih dia anak dare tua yg dia jumpa dlm ig. sebelum cerai suami memang tak balik 4 bulan sebab kami bergaduh besar. aku mmg marah sangat masa tu. aku jadi tak waras. asyik maki hamun dia sampai aku tak sedar apa aku cakap. dekat family dia pun aku ada terlepas cakap bila aku jadi tak waras sbb terlalu kecewa. dia tak pernah peduli makan minum aku anak beranak selama dia keluar rumah. dia blok aku dekat wasap, facebook dan semuala.
Bila aku minta kerjasama keluarga dia semua salahkan aku sebab bergaduh besar dengan anak diorg aku hamil anak ketiga dia tak kisahkan aku langsung. bila tengok bil kad kredit asyik ke negeri k jumpa kekasih dan tengok wayang tgv merata tempat. masa awal mengandung kena pukul byk kali sebab mengata kekasih dia dan marahkan dia main mesej malam2 dgn kekasih dia. masa tu dia balik tapi nampak sgt dia tak sayang aku. air muka dia benci sgt aku. aku byk alami tekanan perasaan sebab dia mmg tak suka aku. masa mgandung aku tertekan, pendarahan byk berlaku. hasilnya anak tak sempurna. aku redha aku besarkan.
skrg anak semua pada aku. bekas suami asyik salahkan aku sebab minta cerai. kalau tak katanya aku masih isteri dia tapi dia nak madukan aku. ramai org kata aku tak masuk syurga sebab minta cerai. aku baca dalam internet pun byk cakap aku berdosa sebab minta cerai dari suami sebab tak nak bermadu. keluarga mentua kata aku gile sebab minta cerai dr anak dia yg dia cakap mulia. aku nak bagitau aku minta cerai sebab bekas suami aku ada kekasih lain dgn bangganya. bekas suami aku nak madukan aku setelah berbelas tahun aku bersusah payah dgn dia. dr zaman universiti aku brsusah bina masa depan dgn dia. hal2 duit kami susah senang.
aku merantau merata tempat nak hidup susah senang bersamanya. aku bgolok gadai nak bina kehidupan dengannya. aku juga yg mohon kerja utk dia sampai dia keje hari ini. aku pindah dr kampung halaman ikut dia ke selangor tinggalkan kerja yg aku sayang sebab nak hidup dengannya. aku berkorban bekerja di tempat baru dgn penuh kesedihan. aku sayangkan dia lebih dr segalanya sejak hari pertama aku jumpa dia di universiti. kami sekelas susah senang makan minum bersama sejak dr bulan pertama kali kenal di universiti sampai kami konvo. aku kecewa bila tau dia ada kekasih min.
jam hadiah hari jadi aku dia bagi pd kekasih dia sedangkan aku tunggu2 dia cakap nak bagi aku jam. tudung aku tak pernah dia beli tp dekat kekasih dia sanggup beli tudung beratus. sanggup drive beratus km jumpa kekasih, naik flight jumpa kekasih. sedangkan aku nak pergi kursus pun drive sorang je. aku tak sanggup bermadu. aku tak sanggup berkongsi kasih dgn pmpuan lain. aku dah cuba selamatkan rumah tangga hubungi perempuan tu. dia mengaku nak suami aku. aku suruh mak perempuan tu halang tapi mak dia cakap apa salahnya bermadu. aku tanya suami aku memang dia mengaku nak perempuan tu dan tak sayangkan aku lagi. katanya perempuan tu mulia dan akan jaga dia dgn baik. aku nampak kesungguhan dia mencintai perempuan tu. aku berkorban beri dia apa dia nak. aku minta cerai dan bawa diri bersama anak2 ke kampung.
skrg dah hampir setahun kami bercerai. anak yg aku hamilkan dah usia 7 bulan. sehingga hari ni aku tak rasa aku salah mohon cerai sebab sampai hari ni bekas suami aku tetap bersama perempuan itu dan mengatakan tak sayang aku dan mengharapkan aku kahwin lain. kerana terlalu sayang, aku mengharapkan keajaiban bekas suami aku tinggalkan perempuan itu dan kembali nikah denganku tapi takkan terjadi sebab dalam hati bekas suamiku telah buang aku sepenuhnya. memang aku menderita menahan kesedihan tapi aku harapkan aku akan pulih satu hari nanti dan kahwin lain seperti yg bekas suami aku doa. dulu aku istikharah mohon cerai. dan urusan cerai mudah. rupanya allah nak tunjuk padaku lebih baik aku bawa diri dan anak kerana dlm hati suamiku sudah tiada kami lg. tapi aku terpaksa menahan tekanan bila ramai cakap aku akan masuk nerake kerana minta cerai sebab tak nak bermadu..




