Assalam admin dan semua warga krt. Saya seorang mualaf dan dh berkahwin dgn suami 5 tahun. Kmi dikurniakan seorang anak. Skrg saya dan suami berdepan masalah dgn keluarga suami. Suami anak sulung dri 11 adik beradik, dan sekarang semua tgl bersama. Suami jenis taat perintah ibu dia min. Bermula dri suami buat rumah besar min. Suami buat rumah guna duit kmi bersama buat dekat tapak rumah mereka sbab saya diminta ikut tgal dlm family tu sebagai menantu. Sebelum siap rumah tu mil selalu cakap yang suami tolong buat.. Bila dah siap sekarang mereka buat kmi mcm anjing min.
Masa saya besalin anak saya tu berapa hari saja mil saya tolong. (Ceazer) Lepas tu makan cuci semua saya yang buat untuk dia orang. Suami kerja jauh. Kalau arwah mak hidup mesti dia yang akan bntu saya. Perit hidup saya bermula 4 thun yang lalu. Mkin suami tahu yang mil tak suka akn saya kerana saya mualaf. Masa mula kahwin pun mil n family bgi syarat kalau nak kahwin ngan anak dia mesti tgl dlm rumah mereka. Jdi suami ada perempuan lain masa tu mil. hati hanya tuhan yang tahu min dgn anak masih bby masa tu. Bila saya tahu memang gaduh besar sampai mil minta saya becerai dgn suami.
Suami tak ceraikan saya dan janji akn berubah dan saya terima dia. Lpas kejadian itu suami dah tak kerja lagi sbab company bnkrup. Susah payah kmi bersama min. Untuk bantu suami saya kerja sebagai guru ganti hampir 3 tahun on off juga lah.. Saya bantu suami untuk byr htg kereta dan makan pakai semua. Suami kerja kontrak binaan sekarang. Jdi gaji memang cukup bayar kreta je. Suami kerja d kpg saya terpaksa balik kpg saya untuk kerja. Masa nie mil marah saya siap jaja satu kpg yang saya tak ada tanggungjawab dan pegi menyundal dekat blkng suami saya sedih betul. Geram dgn ipar duai semua.
Semua dah besar panjang tapi tak tau nak bantu saya min. Bju makan mereka semua saya sedia min. Seluar kecik pun tak boleh cuci dlm mesin.. Mesti cuci guna tgn mil cakap. 2 orang anak perempuan dia dah kahwin dua orang sekarang dah becerai. Bkn nak buka aip tapi itu mungkin karma dalam hidup. Semua duduk lagi kat rumah yang kmi laki bini buat. Adik laki dia baru kahwin tahun lepas.. Tapi dia layan menantu diatu mcm puteri min siap dia marah saya sebab tak cuci bju n seluar dlm mereka laki bini tu. Saya tak cuci sebab dia dah bebini..
Bini dia siap buat cerita lagi tentang saya min. Tapi tak apa lah hasil dia buat cerita kesian dia keguguran d sebabkan ketulahan. Gugur tak apa mil cakap aq yang beranak nie mil cakap anak keluar dri tingkap. Tak hadap nak duduk dekat rumah mcm tu. Rumah besar otak keci pun tak da guna. Mungkin suami degar yang mak dia cakap saya menyundal dan sekarang suami bawak balik duduk rumah bapa. Hidup aman je.. Tapi perlu ada rumah sendiri sebab bapa bukan islam. Doa kan kmi dapat buat rumah lagi yer. Ada tak bantuan buat rumah asnaf mcm saya.?




