Salam admin.. Saya ada masalah yang nak Di kongsi Dan minta pendapat dengan warga KRT. Saya baru berkahwin 2 bulan, suami seorang mualaf berumur 50 TAHUN. Manakala saya seorang IBU TUNGGAL anak seorang Umur 31 TAHUN. Saya pendekkn cerita, selepas berkahwin baru beberapa kali saya ‘berhubungan’ dengan suami, dalam 5 kali dalam 2 bulan ni.
Suami ada perniagaan sendiri, selepas berkahwin kami tinggal bersama family saya. Mungkin silap saya kerana tidak siasat dulu latar belakang suami sebelum berkahwin Dan percaya bulat2 pada family angkat dia seorang ustaz yang mengajar Di sekolah. Kami kenal pun tak lama, demi memikirkan Masa depan anak saya Terima dia. Walaupon family saya kurang setuju.
Dan suami pun Tahu saya memang tiada hati padanya waktu tu, dia sendiri cakap tak apa ambil Masa u. Bila berkahwin satu persatu kebenaran muncul Dan juga masalah. Kebenarannye… Waktu berkahwin suami baru memeluk Islam, bukan 2 TAHUN seperti dia Dan family angkat dia bagitahu.. Sebelum berkahwin dia jnji nak belikan rumah yang selesa untuk kami tinggal.. Saya diamkan tapi dia cerita pada semua orang, pada saudara.
Sekarang dia belum tunaikan janji nya. Saya malu Bila orang bertanya Bila nak duduk rumah baru Sebab suami dengan yakin bercerita bulan 10 akan masuk rumah baru tapi sampai sekarang sepi. Sebelum bkahwin dengan saya suami seorang duda anak 5. 2 kali bercerai.. Katanye isteri2 dulu tinggal kan dia Dan larikan duit2 dia, tapi semua tu bohong hanya rekaan, saya baru siasat Dan bercakap dengan bekas isteri dia, dulu dia tak ada duit macam mana bekas isteri nak larikan duit berratus ribu seperti dia ceritakan.
Suami juga seorang yang kuat cemburu, kuat menipu.. Sekarang saya bergaduh dengan family angkat dia sebab fmly angkat dia telah menghina saya Dan family saya Bila kami tanya pasal suami saya. Jujur saya cakap saya memang dah tawar hati nak hidup bersama dia lagi.. Sebab dia menipu saya Dan family.. Bukan pasal duit saja.. Dia juga suka mengungkit pemberian dia dulu.. Dan menceritakan pada family angkat dia, sedangkan dia yang bagi saya tak pernah mintak.
Bila gaduh dia LARI.. Dan wasap nak saman saya la.. Nak buka fail cerai la.. Tapi Bila saya pergi cek di mhkamah.. Dia tak ada buka fail lagi.. Mungkin berkata dalam keadaan marah. Saya memang betul2 dah tawar hati nak hidup bersama dia lgi.. Dia aibkan saya Dan family.. Dia tak pernah mengaku silap. Cakap bahasa kasar, kotor. Saya ada minta cerai tapi dia cakap takkan cerai kan saya walau apa jadi.. Dia cakap kalau saya nak bercerai juga tebus talak 1.5 juta dia mintak pada saya.. Saya rasa dia dah gile… Memang saya tak mampu tebus talak banyak tu.. Saya Dan family bukan orang kaya.
Saya pun lepas berkahwin tak bkerja.. Saya nak mencari kerja tapi dia tak izinkan takut saya jumpa lelaki lain kat luar. Sudah 4 hari dia keluar dari rumah family saya.. Katanye be kerja tpi Saya siasat kedai dia dah lama tutup tpi ada alasan dia bagi. Saya penat dah nak berteka teki dengan dia lagi. Walaupon duit belanja susu ank dia bagi, kereta dia bayar. Tapi sikap dia buat saya merana, apa perlu saya buat? Bersabar atau macam mana? Terima kasih admin.