Salam min. Tolong hidekan profile. Aku pinjam fb jiran. Aku nak luahkan perasaan. Ceritanya macam ni, aku dah kawen nak masuk 5 tahun. Anak aku dah dua orang. Aku dengan suami aku kawen atas dasar suka sama suka. Aku kawen dengan dia ni min, sebab dia layan aku baik sangat, dia sabar dengan perangai aku. Aku ni panas baran sikit.
Masa anak pertama, dia sayang sangat kat aku dengan anak aku. Anak aku yang sulung ni perempuan. Aku nampak dia berusaha cari duit. Daripada pakai moto, hasil dia kerja keras, dapat la kereta second. Aku tak kisah kereta second, dok rumah sewa sebab makan minum aku dia jaga. Sekali sekala je aku masak kat rumah sebab dia yang tak bagi aku masak. Yela, dok bertiga je kan. Makan banyak mana anak pun kecik lagi mase tu. Kami bahagia sangat mase tu.
Lepas tu, aku pregnant anak no 2. Dia mula buat hal. Dia main game judi online. Duit gaji habis kat situ je. Aku dengan anak terkontang kanting kat rumah ni nak makan apa semua. Dah lah mase tu aku mengandung. Dari aku mengandung sampai terberanak macam tu la perangai dia. Tak habis2 dengan game. Aku geram min, dia kerja penat2 dari pagi smpai malam duit gaji habis kt game. Langsung tak fikir anak bini kat rumah. Lepas aku bersalin, aku ingat perangai dia berubah la tapi tak. macam mana ek aku nak buat dengan perangai dia yang kaki judi tu? Dah banyak kali aku nasihat, menangis depan dia jangan main game tu. Aku penat min. Yang terbaru ni pulak, dia isap dadh jenis ice. Totally, sejak aku pregnantkan ank no 2 ni perangai dia terus berubah. Dari seorang yg penyabar dia jadi panas baran. Dari orang yg kuat kerja untuk anak bini, sekarang dia lebih pentingkan kepuasan dia. Aku ni hari2 la berendam air mata.
Sekarang ni sewa rumah da 2 bulan tak bayar Aku tak pandai nak bawak motor nak bawak kereta So memang aku dok rumah je jaga anak. Buat bisnes online sikit2. Tu pun sendu, sebab aku tak ramai kawan. Wahai warga krt, korang rasa apa patut aku buat? Aku tak nak cerai, sebab aku nak anak2 aku ada ayah walaupun ayah diorang macam tu . Aku dah rasa beb sebab mak abah aku pun dulu cerai juga. Korang tolong jangan bagi cadangan suruh cerai k, bagi cadangan lain. Sebab aku yakin dia boleh berubah, cuma sekerang dia lebih terikut2 dengan kawan dia. Umur dia 31, aku 26.