Salam admin KRT, TQ for sharing my story..agak panjang, tapi saya tau ramai yang alami ini. Special cerita ni untuk para suami yang berjanji untuk jadikan isteri sebagai surirumah yang bahagia selamanya..Ye, saya masih dalam fasa baru alam perkahwinan, baru di fasa pertama alam perkahwinan. alhamdulillah, ada sorang dah princess kami.. Saya seorang yang suka bekerja. Dari kecik lagi..sebab dari kecik lagi bukan hidup senang, apa keinginan semua kena usaha sendiri..semua kena cari sendiri..alhamdulillah, Allah sentiasa izin saya punya rezeki yang baik..setiap usaha saya, Allah balas dengan izinkan saya capai setiap keinginan saya..
Sampailah sebulan sebelum kahwin, suami berkeras untuk saya resign kerja. Masa tu saya baru je 3 tahun bekerja. Masih banyak saya nak kena tunaikan, sebab tu saya refused untuk resign. + saya masih belum ada anak, so saya minta izin sehingga saya lahirkan anak, lepas tu saya berjanji resign. Tapi, tak diizinkan juga. Seminggu lepas kahwin, terus saya resign. And, here start my journey of full-housewife. Masa minta saya resign, dijanjikan untuk lengkap makan minum, pakaian & apa2 yang sepatutnya. Ya, memang ditunaikan. Tapi itu sekejap sahaja. Hanya beberapa bulan sahaja. Selepas tu, terpaksa tengok je orang makan sedap. Berpakaian cantik. Bergaya sana sini. Terkilan, terkesan, sedih. Baru 3 tahun berkahwin ni pun, PIL asyiklah menyindir sebabkan punya menantu yang tak bekerja, padahal ini lah permintaan anaknya.
3 tahun berkahwin, baju baru boleh dikira. Setiap tahun hanya sehelai je baju baru yang boleh dibeli. Seluar? Tudung? Jangan ditanya pakaian cantik lain, yang saya ada cuma baju2 yang dah berpuluh tahun dari zaman saya sekolah menengah lagi, itulah pakaian harian saya sekarang ni. Dah lusuh, koyak2 dileher, kain dah kembang & geleber. Bila jalan ke mall/pasar, cuba jugak saya minta walaupun tshirt biasa, jawapannya : “Pergilah beli.” Tapi, suami jalan tanpa toleh terus ke kereta/tempat lain. Kalau dulu saya ada 1 alamari pakaian yang lengkap, sekarang saya cuma ada 1 laci je untuk saya sendiri. Berbanding suami yang berderet pakaian barunya.
Makan? Ya bukan tak pernah makan sedap masih bersyukur dapat rasa macam mana tu rasa kari macam mana rasa kuah masak lemak tapi itu semua kene ikut kehendak suami sahaja. Kadang cuba jugak minta, “Abg, boleh tak sayang nak makan beef”.. Permintaan setahun sekali mungkin, Mungkin awak semua boleh guess apa reaksinya. Suami, kami isteri2 yang jadi surirumah ni, kami juga ada keinginan & kemahuan. Kami juga perlukan janji awak yang dahulu. Kami tak minta emas berkilo2 setiap bulan. Kami tak minta rumah gah berpindah randah setiap tahun. Cukuplah awak sebagai suami penuhi tuntutan makan minum kami. Dulu kami kene cari sendiri, thats why kami tak minta hari2. Tapi, itu pun kami masih diabaikan.
Pakaian awak semua nampak baru, tapi pakaian anak isteri, yang lusuh tu lah yang dibawa ke pengajian, yang lusuh tu lah dibawa ke majlis2 keramaian, yang lusuh tu jugaklah baju harian & baju tidurnya. Tak ke abg sedih tengok keadaan ni? Abg nampak koyak dicelah ketiak saya, abg ketawakan. Abg nampak baju dah berlubang, abg ketawakn. Mana pergi janji abg dulu?bAbg sentiasa ada masa untuk enjoy dengan kawan2, makan sedap2. Tapi anak isteri nak makan sedap biar sekali setahun pun, susahnya nak ditunaikan. Kenapa? Ape salah kami?? Dah lah tak diizinkan bekerja, allowance surirumah yg abg bagi pun, bukan saya dpt belanja sepenuhnya. Hanya 1/4 sahaja untuk kami ank isteri. Lagi 3/4 patah balik semula ke abg. Kenapa?
Kami punya hati. Walaupun awak sbgai sumai tak pernah kami meronta minta ini itu, tapi masih kami punya rasa nak berpakaian csntik macam orang lain. Kalau awak sbgai suami nak berbaju cantik setiap kali keluar rumah, kenapa kami tak boleh? Apatah lagi ni musim nak raya, sehelai pun abg refused nak belikn untuk kami. Sedangkan abg, dah setel dah baju baru, seluar baru. Siap plan dah nak pakai warna ape dulu. Kami ni? Ayam kah tak perlu berbaju jugak? Tak oelah, reused je lah baju dulu2 tu iugak. Terima kasih wahai suami dah jadikn kami isteri yang sah, duduk dirumah tunggu suami balik kerja. Tapi, tak pernah tanya penat kami kat rumah juga. Penat abg sahaja kami kena hormat. Terima kasih beri kami allowance, walaupun sebenarnya kami tak merasa. Terima kasih bantu kami jadi isteri yang sabar, sabar dengan setiap dugaan. Abg, kalau abg nk tau..hidup saya yang susah dulu, tak sesusah hidup saya yang sekarang.




