assalamualaikum warga KRT..admin. harap sangat sudi share post aku ni. sebab aku memerlukan jalan keluar untuk bantu isteri aku. Mohon hide profile aku. aku menggunakan fb isteri. rupanya sebelum ni isteri aku juga ada pernah berkongsi cerita di sini.. sahabt krt..aku mohon pandangan dan doa dari sahabat semua..sekarang isteri aku di ward psikiatri..dan dia sekarang sedang sarat mengndung..menanti hari..
kenapa dia di ward psikiatri? sebelum ni memang dia mengalami kemurungan yang snagat teruk aku tahu masalah dia cuma aku tak sangka masalah dia seberat itu. sebab dia memang tak pernah nak meluahkan.. maslaah yang dia tanggung dengan bebanan hutang..aku sendiri tak tahu bila masa die buat hutang-hutang tu.. terlalu banyak.. hutang perniagaan..hutang orang..dan masalah lagi berat.. hutang ahlong..bukan sorang..malahan 6 orang..garu kepala aku dibuatnya..bila di total dekat 30k…nak di marah orangnya dah kat ward..dan perkara dah terjadi.. aku dapat tahu pun sebab aku pegang fone die..kalau tak memang sampai matti kot aku taktahu.
korang ada jalan tak nak selesaikan masalah hutang isteri aku ni.. aku pun pusing kepala dah memikir..korang jangan kecam aku tak bagi nafkah pulak.. sebab aku keje gaji hari.. hari2 aku akan beri die rm20 untk blnja mkn die… hujung bulan ak beri lagi sbb untk die tmbh byr krte die.. aku sendiri tak thu duit tu die buat apa sebenr nye. nak beli emas.. xde pulak aku tengok.. doktr psikiatri cakap isteri aku ni menghidap paibola disorder..die akan buat ikut suka hati die je tanpa pikir kesan apa-apa.. jadi sekarang ini kesan dia.. aku sayang dia. aku tak boleh nak tinggalkan dia saat mcm ni. ikutkn famliy ak biar je dia.. tapi aku tak sanggup.. mudahan korang sudi bagi jalan untuk aku.. hanya Allah mampu balas jasa baik kat korang bagi idea.. terima kasih..