Hai admin. Macam biasa hide profile saya
Sebenarnya ceritanya panjang, tapi saya ringkaskan. Sorry ayat tunggang langgang sebab taip dalam keadaan marah dan sedih. Saya dah kematiian suami hampir 5 tahun.saya ada sorang anak laki. apa yang mnyedihkan ialah sikap mertua selepas kematiian suami saya. biasalah bila cakap tentang harta, macam mana pon manusia akan tetap tamak. Dia ambil dan tuntut semuanya tanpa ada belas ehsan pada saya dan anak, dengan alasan dia berhak.
Ye dia memang berhak, tapi islam tu tak kejam macam perangai dia. Sampaikan rumah arwah tiggalkan untuk saya pun dia tuntut dan lagi menyedihkan dia nak serahkan rumah tu pada anaknya yang sudah berkahwin, dengan alasan kesian sebab anak dia tak ade rumah walhal anak dia tak de kena mengena dengan pembahagian pusaka sebab saya ada anak lelaki. makanya adik beradik terdinding daripada memiliki pusaka.
Tapi dia tak pikir pun perasaan aku dan anak aku yang sepatutnya akulah yang perlu di kesian kan. belum lagi cerita tentang tuntutan wang insuran tempat kerja, kwsp da lain2. boleh kata tiap2 hari dia akan call tanya bila duit akan masul. sebab semua urusan duit pusaka akan msuk ke acc saya, saya bukan la tamak sampai nak ambil hak orang lain. saya akan bagi jugak bila duit da release, tapi dia punya tamak ya ampun tak sabor langsong. Bukan tu aje,banyak sangat yang berlaku tapi saya rasa cukupla dulu saya cerita takat ni.
Yang saya nak bagitahu ialah, doa orang yang disakiti ketika ditimpa musibah ni jangan la di buat main2. selepas banyak sangat tekanan dari mertua saya dekatkan diri pd Allah, tiap2 malam saya bangun tahajut. dan saya berdoa kenapa mereka buat saya macam ni. apa salah saya sampai mereka terlalu tamak dan tak nampak pergorbanan saya jaga suami masa sakit. saya doa dan mintak pada Allah supaya mereka rasa apa yang saya rasa, dan saya berdoa supaya Allah bagi semula apa perbuatan meraka dah lakukan pada saya.
Tiap2 malam saya berdoa macam tu. apa yang nak saya katakan, ye doa tu sudah termakbul. Allah da berikan apa yang aku rasa pada.mereka sekarang, dan kalau korang nak tau, aku lah yang mereka cari sekarang untuk luahkan kesedihan. nampak tak, betapa Allah tu dah tunjukkan. Aku nak bgtau kat korang semua jangan la mnyakiti sesiapa pon sebab kalau doa dia diangkat binasa la kalian dengan kejahatan yang kalian pernah lakukan.
Aku tak mintak pon duit yang banyak, cukup aku dapat apa yang perlu dan hak yang perlu aku dapat sebab kalau matii pun korang tak akan bawak harta tu.
Dan sekarang mereka dah ada duit yang banyak tapi apa lah guna nya duit yang bnyak kalau kalian dah terlantar. Aku nak tau berdosakah aku berdoa seperti tu? Buat suami, tolong Lakukan la hibah semasa hidup kalau korang sayang pada anak2 dan isteri.




