Salam KRT. Nama saya lia bukan nama sebenar. Saya nak cerita pasal hidup saya. Dulu saya pernah bercinta dengan ex saya kemudian putus. Kami putus bukan sebab orang ketiga. Tapi sebab ex saya ni macam enntah. Saya ni tak kisah pun sebab saya ni bukanlah pandang pada harta yang dia ada, rupa. Paling penting sikap dia yang buat saya jatuh hati pada dia. Ex saya ni selalu down sebab saya bekerja dan bergaji 2 kali ganda dari dia. Dia cuma kerja cuci pinggan je masatuh. Saya juga sudah ada kereta dan mempunyai rumah jadi saya tak kisah pun dia tak punya apa2 sebab saya percaya dia ni bukan sorang yang suka ambil kesempatan. Dia sangat baik.
Kalau keluar pegi mana2 selalunya dia akan usaha untuk bayar walaupun saya kata tak mengapa sebab saya tahu akan ekonomi dia. Lama kemudian, dia terus menghilagkan diri tanpa khabar berita apa semua sehinggakan saya jadi tak tentu arah, sedih. saya cintakan dia. Selepas 6 tahun, saya berjumpa balik dengan ex. Ya Allah. sungguh tak percaya dia sudah menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ni. Sudah mempunyai kehidupan yang stabil. Dia juga masih bujang sama juga dengan saya. Kami berhubung semula dan hubungan kami semakin rapat bagaikan suami isteri sedangkan kami masih belum ada ikatan yang sah.
Kami pernah bercuti bersama sama sehingga kami terlanjur. Kedua keluarga kami tahu akan perkara ini dan segera melangsungkan pernikahan kami. Saya tak tahu kenapa saya terlanjur dengan dia sebelum nikah. Mungkin kerana saya terlalu sayang sama dia kini suami saya. Saya bersyukur dia mahu bertanggungjawab atas segala ini. Alhamdulillah kami sudah 1 tahun bernikah dan insyaAllah kami akan dikurniakan bayi awal bulan 2 tahun depan. Pasal suami Alhamdulillah dia kini sudah menjadi seorang yang lebih baik, lebih gemar menghabiskan masa mencari ilmu agama.




