Assalam Min, Makcik & Pakcik bawang semua. Aku nk mintak pendapat dan pandangan korang. Aku Janda, baru-baru ni berkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an. Pada awal perkenalan dia katakan yang dia bujang dan belum pernah berkahwin. Tapi nak dijadikan cerita rupanya dia ni orang kampung kawan baik aku. So aku pun usya la dengan kawan aku ni suruh dia siasat latar belakang lelaki ni. Rupanya dia duda anak seorang. Aku agak kecewa dengan penipuan dia sebab sedangkan aku tak pernah rahsiakan status Janda aku dari mula-mula kenal lagi.
Bila aku terus terang dengan dia yg aku dah tahu pasal status duda dia, dia kata memamg dia nak ceritakan hal sebenar cuma tengah cari masa yang sesuai tapi dia tak sangka yang aku dah dapat tahu dulu. Okay aku terima alasan dia dan teruskan berkawan, tapi aku tak tahu kenapa aku ada sesuatu perasaan curiga dengan dia. Rasa yang dia ni jenis tak jujur. Dia memang ada suarakan hasrat nak memperisterikan aku dan berjanji nak bawak aku jumpa family dia dalam masa terdekat ni.
Jadi aku anggap yang kami dah betul-betul serius lah. So ada satu hari tu kami keluar bersama, aku mintak dengan dia yang aku nak check hp dia. Tapi dia berkeras tak bagi. Dia kata kalau dah kawen nanti boleh, sekarang belum kawen lg so privacy masing-masing. Yer memang dia pun tak pernah mintak nak cek hp aku. Tapi pada aku kalau dah betul serius nak kahwin kenapa masih nak privacy hp masing-masing? Sepanjang berkawan boleh kira berapa kali jer kami keluar dating sebab dia sangat sibuk dengan keja, hujung minggu pun keja.
Kadang otak aku terfikir betul ker sibuk keja atau ada keluar dengan orang lain..? Kalau dia ada cuti pun dia lebih suka duduk dirumah rehat dan tidur (katanya) sebab kalau hari keja dia kurang rehat. Jadi dia sangat jarang nak ajak aku keluar kalau bukan aku yang ajak dulu.
Pada pandangan aku dia ada keja stabil dan tak ade masalah kewangan, tapi tengok dari caranya nampak macm dia seorang yang berkira. Masa kami keluar dating untuk kali yang ke-2, dia cakap dengan aku supaya aku yang belanja sebab masa 1st date kita orang dia dah belanja. Katanya kena bergilir baru adil.
Jadi sekarang dah dekat dua bulan aku tunggu dia ajak untuk kami keluar date kali ke 3 (sebab macam yang dijanjikan patutnya date yg ke 3 adalah giliran dia untuk belanja). Dating ni maksud aku jalan-jalan tengok wayang dan makan yang best sikit yer. Tapi walaupun jarang berdating, kami kadang-kadang keluar makan bersama kat kedai yang berdekatan. Tu pun jumpa makan sekejap je lah. (yang ni dia bayar).
Jangan kata aku ni mata duitan yer, sebab aku pun jenis tak berkira kalau aku ada duit. Untuk dia pun aku dah beberapa kali belikan barangan. Pernah dia minta aku orderkan barang dr Lazada, of coz bayar pakai duit aku dulu tapi bila barang dah sampai dia kata nanti dia bayar kat aku. dan sampai kesudah masih belum bayar lagi. (mungkin dia dah lupa..?) Aku buat diam jer sebab aku tak suka dianggap berkira. Bila keluar makan sama pun biasanya aku yang amik dia kat umah sebab alasannya keta aku auto, keta dia manual malas nak drive. Jadi nya duit minyak aku berulang alik amik dia pun aku tak berkira.
Dan ada lagi satu kejadian, baru-baru ni dia ada tolong aku carikan orang untuk repair tandas rosak kat umah aku. Sebenarnya aku saja jer tanya dia, kat mana nak cari tukang paip. Padahal aku boleh jer cari orang sendiri (sebab selama menjanda aku dah biasa berdikari). So aku sangka macam dia ikhlas la nak tolong or bayarkan separuh untuk aku ker sebab rumah yg aku duduk ni pun dia setuju nak duduk sini lepas kawen nanti. Tapi bila dah settle repair tu dia bgtau la harga rm200 untuk aku bayar kat dia dan dia akn bank in kat tukang repair tu. Aku pun tanpa bnyak tanya bayar jelah kat dia.
Tapi nak dijadikan cerita. esok hari nya keluar dengan dia, masa dalam kereta.. Dia kemas2 dompet dan keluarkan resit-resit yang nak dibuang. Aku pun saje la cek tengok. jumpa 1 resit bank in tarikh semalam, amoun rm 130. Terus fikir yang itu duit yg dia bank in kat tukang paip, tp kenapa amount rm130 jer? Tak kan la dia sampai hati nak mark up harga dengan aku? Banyak benda yang aku curiga dengan dia tapi bila jumpa mulut aku tak terluah, sebab depan aku dia layan aku baik jer.
Dan pernah juga aku aku persoalkan benda-benda yg aku curiga kat dia, dia jawab asal boleh dan last-last dia akn tutup ayat dengan “Kalau tak nak percaya terpulang” Jadi aku akan berhenti kat situ jer sebab kalau dipanjangkan mesti akan jadi gaduh. Jadi tolong lah bawang bawang semua bagi pendapat, daripada ape yang aku cerita ni. korang rasa dia ni boleh dipercayai ke tak, boleh jadi suami yang bertanggungjawab ker tak ?




