Salam min, mohon siar luahan saya ni.. Saya dah bnyak kali buat luahan dalam krt ni bermcm2 kisah yang jadi pada saya.. Kali ni saya nak mintk pendpt semua.
Saya suri rumah tiada anak lagi, sebelum ni bekerja, atas sebab2 trtentu saya berhenti kerja.. Boleh dikatakan sebelum ni gaji saya adalah pelengkap dalam keperluan rumah dan diri saya.. Kadang suami selalu pinjam duit juga dekat saya.. Tapi lepas tu tak pernh ingat nak bayar balik, tak ape saya halalkn sudah..
Sekarng ni hidup kami berdua cuma bergntung pada gaji suami yang tak seberapa.. Macam ni.. Suami tiap kali gaji dia akan bayar bil2 semua dan baki gaji baru dia bagi pada saya selalu duit yang dia bagi pada saya tu la dia akan guna juga untuk Keperluan dia dan belanja dapur.. Dulu awal2 dia selalu bagi duit asing untuk saya beli kelengkap wanita dan simpnan saya.
Sekarang dah tak bagi kadang duit tu saya ambil simpan setengah untuk saya senyap2.. Biasa la kita orang perempuan kene ade prepare siap2 untuk sebarang kemungkinan.. Saya pun tak nak juga minta apa ape buruk terjadi sepanjang perkhwinan kami sekarang ni. Just untuk simpnan saya je. Kadang dia duk tanya juga duit dia bagi untuk saya pegang asal cepat sangat habis.. Saya pandai2 cover..
Baru2 ni kami kekurangn duit, dan suami pula kena kerja luar dekat seminggu juga, so dia tinggalkn saya tanpa sebarang duit poket..
Masa suami kat sana saya minta dia transfer duit untuk saya belanje, tapi macam2 alasan. Tak sempat la ape la, dia dah nak balik la so tak payah transfer tunggu dia balik.. So saya belanja semua dengan duit yang saya asingkn senyap2 dari dia.. Lepas tu saya bagi alasan dekat suami saya pinjam duit adik saya dulu so saya minta dia balik nanti dia bayar balik duit yang konon saya pinjam tu..
Dan dia pun bagi la duit untuk saya byar balik..
Saya nak bertanya adakah saya dikira isteri derhaka macam tu? Sebab saya berbohong pada suami kononnya duit tu duit adik saya, kalau saya cakap sebenarnya duit yang dia selalu bagi saya pegangg untuk belanja kami saya takut suami tak nak bayar balik dan dia akan buat diam je. Sebab duit tu memang saya niat nak simpan untuk peribadi saya.
Dan adakah saya juga berdosa sebab ambil duit yang suami nak belanja secara senyap? Mohon pencerahan semua. Saya buntu adakah saya ptut berterus terang pada suami? Saya takut saya berdosa pada suami.