Salam admin dan semua readers KRT . Baru2 ni saya dan husband berbuka rumah MIL . kebetulan ada pulak biras saya . Saya memang tahu yang biras saya ni kurang senang dan tak sukakan saya . Sebabnya MIL saya agak ambil berat pasal saya memandangkan saya baru je berapa bulan berkahwin dengan husband saya tu . Saya tak suka nak prasangka buruk Walaupun macam2 helah dia buat nak malukan saya , nak susahkan saya . Saya sabar je . Bukan sebab saya lembik senang dibuli . Tapi saya tak mahu keruhkan keadaan hanya sebab benda2 remeh .
Tapi disebabkan dia sampai hati sangat buat saya sakit . Dia masak untuk berbuka tu , beria suruh saya makan bubur yang dia masak . Orang lain tak makan pun bubur tu alasannya orang lain sibuk makan benda lain . Sebab saya nak jaga hati dia saya makan la juga bubur tu Saya tak syak apa2 pun Ingat kot bulan2 puasa ni dia dah berubah jadi elok sikit perangai . Lebih kurang setengah jam gitu , saya mula sakit perut dan rasa mual2 . Sampai la ke subuh . Saya pulak risau takut baby dalam perut ada apa2 masalah . Esoknya bila saya pegi klinik dengan husband , doc kata saya keracunan makanan . Dia tanya saya makan julap ke . Tak kan la saya nak makan julap . Haishhh .
Tak tau la nak sedih ke nak marah . Heran la saya . Kenapa mesti wujudnya dengki , iri sesama manusia ye . Sedangkan sama2 menantu . Saya jadi takut pula lepasni nak berbuka sama2 . Tak tau lah lepasni apa lagi . Saya tak cerita pada sesiapa sebab saya tak nak keluarga MIL marahkan dia . Nanti lagi dia hangin dengan saya . Saya tau dia ada dalam KRT ni . Saya harap dia jangan ulangi lagi apa yang dia buat . Saya maafkan dia . Tapi kalau dia buat lagi . Saya memang akan cerita terus pada MIL dan husband saya . Jangan nanti kata saya sengaja nak porak perandakan hubungan dia dengan keluarga MIL sudah lah ..