Salam min, ni aku min yang kena Smackdown Br0ck Lasner WWE dengan bini hari tu. Alaa. yang selalu kena pukul dengan bini tu la aku datang lagi ni.
Semalamkan aku keluar la lepak dengan member lama aku min jadi lewat la sikit balik. Biasa la kan borak dengan member lama mesti la lama sikit. Bila aku sampai je rumah bini aku marah2 aku min, lepas tu kan dia amik rotan dia bedal badan2 aku min sampai lebam. Lepas tu kan min, bini aku patahkan rotan depan aku min konon2 nak tunjuk dia kuat min.
Lepas tu kan min dia jerit THIS IS SEMEKK WAN DER0KK IS KUKING!! Kuat sangat2 dia jerit min sampai anak aku yang tengah tidur pun terjaga min. Dia pun Smackd0wn aku min macam The Rock buat min. Aku pun apa lagi nangis la min . Aku pun mintak maaf dengan dia sebab tak tahan kena pukul min. Aku ingatkan lepas pada aku mintak maaf dengan dia selesai la min tapi tak. Dia tarik aku min, dia kurung aku dalam stor rumah 10 minit lepas pada tu dia datang la stor balik aku ingatkan dia nak lepaskan aku min tapi aku silap.
Dia buka pintu stor aku nampak dia pegang plastik warna hitam, dia buka plastik tu dia campak dalam stor. Aku ingat apa dalam plastik tu rupanya Lipas Terbang min. Allahu. Banyak sangat2 Lipas Terbang dalam plastik tu keluar. Menangis aku min sambil jerit2 mintak TOLONG sampai ke pagi cerah baru bini aku lepaskan aku min. Teruk min aku kena dera dengan bini aku semalam. Sampaikan hati dia buat macam tu kan min. Sedih sangat2 min dengan hidup aku sekarang ni hanya Tuhan je yang tahu.




