Hello warga krt. Aku nk share sikit kisah aku ni. Tahun ni tahun ke5 perkahwinan aku dengan suami. Ada juga kdg2 kami bergaduh, tapi tak pernah melibatkan hal orang ketiga. Kebanyakan nye sebab masalah kewangan. Dulu aku bekerja, gaji aku hampir sama byk dengan suami tapi aku cuma tolong suami bayar rumah sahaja. Sebab comitment loan aku tinggi jugak. Ini sbb aku pernah buat loan sebelum berkahwin dulu. Tahun ni habis la aku bayar loan tu. Selain daripada tu aku yg tanggung bahan basah dalam rumah, pakaian anak, keperluan anak, keperluan sndiri semua aku tanggung. Aku tak minta pd suami pun.. Sebab aku tak nak dia terbeban. Suami bayar kereta dan bil2 dalam rumah ni. So pada aku fair la.
Satu hari aku diduga hingga myebabkan aku nekad berhenti kerja tapi aku tahu aku perlu ada duit utk bayar loan dan rumah. Aku buat mcm2 partime hingga la aku jd dropship product. Sebab aku nk kumpul duit untuk bayar komitment aku. Aku selalu percaya kalau suami aku guna duit dia untuk aku dan ank, aku percaya rezeki dia lg murah. Alhamdulillah.. Memang rezeki dia murah lepas tu. Tapi, bila murah rezeki dia pada aku, dia jadi boros. Dia tibe2 suke bershopping. Shopping brg dia je. Kalau barang aku memang tak pernah min. Baru2 ni kami bergaduh lagi. Mak mentua aku terasa dengan aku. Aku mengaku mungkin aku terlepas pandang sampi dia terasa dgn aku.
Mak mentua aku mcj suami aku suruh tegur aku, korg tahu tak, suami aku bukan nye tegur, dia forward semua mcj mak dia kepada aku just sruh aku baca sndri. Dia punya tegur tu melaga2 kan aku ngn mak dia. Lpas tu aku just explain je pd dia ape yg berlaku sbnarnya.. Tp tak sangka boleh jadi gaduh besar. Suami aku terus memburuk2 kan parents aku, cakap mak ayah aku tak ada adab, lps tu dia ckp patut la mak dia dulu tak bagi dia kawin dengan aku. Aku terkejut bile dia cakap macam tu. Tak sngka mak mentua aku tu talam bermuka2. Depan baik belakang mcm tu.
Aku tanya kenapa kalau mak dia tak suka, dia kawin juga. Last2 suami aku ckp sbb dia kesian kan aku je sbb tu dia kawin dgn aku. Sedih nya aku min. Aku ingat selama ni dia ikhlas. Hancur dah hati aku. Aku rasa aku tak boleh dah hidup dengan orang2 yang tak ikhlas dengan aku. Bila aku tengok anak aku, aku nangis. Anak hasil daripada kesian ni. Dulu aku fikir kalau mak dia tak suka aku, tak ape la, asalkan suami aku syg aku. Aku perasan dari dulu lg mak dia tu macam tak suke aku. Kalau g rumah dia borak2 kau tahu tak min, dia suke bukak fb kawan2 prempuan laki aku yg dia kenal dah lama, pastu dia duk puji comel la kawan dia ni. Suami aku pun tak ingat dah siapa perempuan tu, tapi mak dia kenal sangat. Siap paksa aku tengok.
Dia ingat aku tak tahu niat dia min. Aku tahu la aku ni tak cantik. Itu bukan kali pertama, gambar girlfriend abang ipar suami aku pun duk paksa aku tengok. Asal perempuan lawa je dia crita pada aku. Aku layankan je. Aku jadi benci min dengan suami aku dan seluruh keluarga dia. Smua tak ikhlas selama ni dgn aku. Dari benda kecik gaduh sampi dia cakap aku ni isteri yg menyusahkan, tak kerja, tak boleh nak tolong dia byr bil2 dalam rumah ni, roadtax kereta. Dulu aku kerja dia je yg bayar semua tu, kenapa bila aku tak kerja dia nk tambah beban aku pulak. Padahal duit partime aku, aku dh support semua komitment aku, cme aku tak mampu nk beli keperluan ank je la. Tapi dulu aku beli tiap2 bulan sebab aku ad duit.
Aku ingat kan suami aku bila dia murah rezeki dia akan belikan, tapi tak. Dia beli brg dia je. Alsan dia, aku tak kerja. Minggu depan aku ad interview kerja. Aku harap ada rezeki aku. Aku dah tak nak dipandang hina. Mak mntua aku dulu tak habis2 duk tanya aku kerja ape sekarang. Dia takut sgt aku makan duit ank dia. Kalau dia nk tahu, tiap2 bln suami aku tak pernah bg nafkah taw tak. Tapi aku redha je. Duit ke mak ada plak. Banyak gaji dia bulan tu, banyak la dia bg mak dia. Untuk aku? Jangan harap. Untuk mak mertua kat luar sana, kalau kita pun ada anak perempuan, tak perlu la kita menyakitkan hati ank perempuan orang lain. Sebab kifarah itu ada. Esok2 ank perempuan kita pulak yang kena. Thank you min.




