Salam KRT. Aku guna fake fb ni. Takut laki aku tau. Aku nak mengadu yang laki aku ni sekarang ibarat biawak hidup. Aku baru 2 tahun kahwin tiada anak lagi. Dulu laki aku kerja, sekarang menganggur je kat rumah. Aku pulak sekarang ada buat bisnes online kecil-kecilan. Alhamdulillah untung tu dapat la juga bayar sewa rumah, bil, makan minum semua cukup. Masalahnya sekarang ni, laki aku tak mau kerja sebab aku dah ada duit katanya.
Aku akui modal bisnes aku ni datang daripadanya, tapi semua urusan bisnes aku yang buat. Aku yang cari barang, aku yang cari customer, aku yabg hantar barang. Laki aku? Duduk rumah main game. Bila aku tegur sikit mula la melenting tak tentu pasal. Cakap aku mengungkit. Aku stress la min. Dah la kerja rumah semua aku yang buat. Minta tolong dia jemur baju pun tak nak.
Bila aku tarik muka dia cop aku derhaka. Allahu. Sungguh aku tersiksa. Apa perlu buat ya? Aku muda lagi. Takut jd janda. Lagipun aku dari family susah. Kalau aku cerai, aku takut mak ayah aku risaukan aku. Aku sayang laki aku, tapi dalam masa yang sama aku benci. Aku geram dengan perangai malas dia. Dulu waktu aku tak kerja tak ada bisnes dia cakap aku ni menyusahkan tapi bila aku start bisnes dia pulak berhenti kerja dengan alasan aku boleh cari duit. Aku selalu perli dia “saya ni org gaji ke? Atau saya ni suami? Awak isteri?” Pastu teruk la aku kena berleter. Dia tak naik tangan tapi dia kuat berleter. Macam orang perempuan. Dah la pemalas. Makan duit bini. Tolong nasihatkan aku sikit min. Aku perlu buat apa? Umur aku baru 19.