Assalamualaikum..Lately, banyak kisah yang suami tak bagi nafkah dekat isteri.. jadi aku pun terpanggil untuk membuat confession disini.. bukan niat aku nak bukak aib suami aku, aku harap dengan cerita ni, suami2 diluar sana dpt ambil pengajaran. Aku dan suami bekerja. kami dah hampir 5 tahun kahwin dan di kurniakan seorang cahaya mata yang comel. Kehidupan kami macam biasa. Cumanya aku semakin terkesan bila suami dah tak bagi nafkah dekat aku..
Dulu dia ada bagi rm300, tapi tu pun on off.. pada mulanya aku tak kisah sangat sebab gaji aku lebih sikit dari dia.. dan kadang2 bila dia bagi pun, hujung bulan nanti dia akan mintak balik dekat aku.. tapi ok la sekurang-kurangnya dia ada juga keluarkan duit belanja (nafkah) untuk aku.. tapi keadaan semakin genting bila aku start mengandung. dia dah tak bagi duit nafkah untuk aku. segala perbelanjaan isi rumah, kelengkapan baby bakal lahir, semua aku yang uruskan.
Aku faham.. aku cuba sedapkan hati.. untuk pengetahuan, aku tak pernah minta apa2 dari dia.. mungkin dari situ dia anggap aku mampu beli semua. tapi aku nak juga merasa macam ibu bapa yang lain nak sambut baby first. nampak gaya macam aku sorang ja excited. keadaan berterusan sampai aku lahirkan baby. semua kos hospital dan segala pengeluaran wang, aku yang uruskan. gaji aku tak seberapa, tapi aku ada la simpanan sikit2 semasa tempoh bekerja ni.. bila dah bersalin dan dalam pantang, aku rasa tertekan sebab semua aku tanggung sendri.. sampai satu tahap aku rasa serik nak mengandung lagi..
Bila selesai berpantang, aku kembali bekerja. dan urusan mencari pengasuh dan perbelanjaan untuk mengasuh. Aku bagitahu dia biar aku uruskan duit untuk bayar pengasuh untuk makluman aku bayar pengasuh Rm 500 sebulan sebab aku kerja tak tentu masa.. Ok, start dah hantar pengasuh aku ingatkan belanja beli barng2 dapur semua dia akan uruskan.. tapi tak jugak, dia tak ambil kisah pun apa yang ada di dapur..aku beli barang basah dan masak untuk makan. kadang2 aku saja bagi tahu aku tak masak dan mintak untuk dia belikan apa2 makanan untuk makan malam. Dengan cara tu aku dapat merasa makan duit dia.. Dan kelengkapan anak contoh susu, pampers, baju baru semua aku yang uruskan.
Aku kadang2 rasa nak luahkan dekat suami aku.. tapi aku tak terkeluar nak cakap. Dan tak tahu macam mana cara aku nak mulakan.. jadi aku diamkan saja. bila dah jadi macam ni, mood aku bila dengan suami memang tak ok.. aku akan cakap bila perlu. Buat hal sendiri dan main dengan anak saja. Kadang2 aku boring dan aku ajak dia keluar jalan2. bila keluar jalan2, perbelanjaan makan kami aku yang bayarkan. dia boleh kata tak ada duit sebab bawak rm10 saja. aku tau dia ada duit, cuma tak keluarkan di ATM.. apa masalahnya, pergi la keluarkan..tapi dia tak ada effort pun nak keluarkan duit. So, aku la belanja semua start dari isi minyak, tol, makan, dan sebagainya.
Aku tahu gaji dia banyak mana.. tapi dia buat macam tak ada duit langsung, dengan alasan aku ada duit dan mampu untuk semua tu. Dia habiskan duit untuk urusan di rumah family dia. main kutu, bayarkan bil astro, bagi duit dekat mak, dan selebihnya untuk dia. kelebihan disini, suami aku tak merokok. so jimatla sikit kos tu. Kadang2 bila aku dah tak tahan sangat, aku suruh dia beli susu anak. aku bagi alasan kerja, susu dah habis dan aku tak sempat beli. So dia akan beli, untuk minggu seterusnya kalau aku tak pesan dia akan buat tak tahu saja sampai kadang2 aku dah tonggang tin susu depan muka dia..
Lagi 1, hal urus anak.. nak bancuh susu bila anak jaga tengah malam. jangan harap la. Ya allah, aku pendam..aku tak tahu mana nak di luahkan. Even dengan family aku pun, aku tak pernah cerita. Kami macam sangat bahagia. Sedangkan dalam hati aku hanya Allah yang tahu. Bukan sebab berkira tapi aku persoalkan disini tanggungjawab dia sebagai suami. Segala urusan, makan, pakai dia semua aku dah uruskan.
Kepada suami di luar sana, ingatlah.. bantulah isteri. jangan lepas tangan walaupun isteri tu mampu . sekurang-kurangnya bertanyalah apa yang di perlukan bantuan. Nafkah isteri lebih penting berbanding duit belanja mak ayah. ada ke cara untuk aku luahkan dekat suami aku. aku tak tahu mana perlu dimulakan.




