Salam Admin, Tolong Hide Profile Saya. Terima Kasih. Saya telah berkahwin dengan perempuan yang saya sangat sayang dan cinta selama 1 tahun (isteri saya pernah berkahwin dan mempunyai anak). Perkahwinan pon mendapat restu dan berkat dari kedua belah ibu bapa.
Namun sejak kebelakangan ini, Ibu saya (syak ada masalah kesihatan mental selepas bercerai dengan ayah saya) suka memaki hamun isteri saya.
Bukan maki hamun biasa2 tapi menghina seteruk teruknya. Sebabnya mulut orang dan buruk sangka orang terhadap isteri saya. Saya sering bergaduh dengan Ibu saya untuk protect isteri saya dan saya dah cuba sedaya upaya untuk elakkan isteri saya dimaki hamun dan dicaci.
Baru2 ini, Ibu saya memalukan isteri saya depan orang ramai, saya tak boleh melangkaui batas saya sebagai seorang anak untuk saya kurang ajar dengan Ibu saya, saya hanya boleh suruh Ibu saya diam sahaja.
Tapi pada masa yang sama, saya rasa bersalah sebab gagal untuk melindungi isteri saya daripada benda2ni. Ibu saya sumpah saya dan isteri saya macam2. Saya hanya tegur balik ibu saya dan suruh Family saya block contact Ibu saya untuk elakkan benda ni berlarutan. Termasuk saya block contact Ibu saya.
(saya masih menjalankan tanggung jawab dengan memberi duit belanja RM 500/bulan kepada Ibu saya). Persoalan sekarang ialah, adakah saya berdosa dengan menegur/marah Ibu saya semata-mata ingin melindungi Isteri saya? Yang mana patut saya utamakan? Tanggungjawab sebagai seorang Suami atau Anak. Mohon pandangan kawan2 dapat membantu persoalan saya ini.Terima Kasih.




