Salam admin. Saya ni dah kawin dekat 8 tahun dah. Suami saya sebelum ni tak ada buat perangai pun, tapi sejak dia beli ps4 3bulan lepas, dia buat saya macam tak wujud dalam rumah tu.. Bayangkan ya, hari jumaat tak pernah pernah balik kerja awal, sebelum ni paling cepat dia sampai rumah pukul 7 malam, tapi sekarang balik rumah pukul 6.15-6.30 petang, balik2 minta makan, ok saya bagi makan, lepas tu paksa saya mengadap dia makan, sambil makan dia main hp and buka video youtube untuk tengok info2 game yang dia beli , dia tak berborak dengan saya macam sebelum ni.
Lepas habis makan pukul 7.30 petang dia akan main hp youtube tu sampai pukul 8 then main game dari 8 malam sampai pukul 12 pagi kemudian dia pergi mandi dan kemudian dia buat air milo, saya protes dan merajuk untuk buat dia air sebab die tak layan saya langsung kemudian dia sambung main game sampai 4 pagi dan tido. Kemudian hari sabtu dan ahad celik mata buat apa patut pukul 7 pagi kemudian terus menghadap ps 4 sampai pukul 10 pagi dan lepas tu makan, lepas tu pukul 11 sambung sampai pukul 3 petang, pastu teriak2 nak makan, dah makan sambung lagi main game sampai pukul 4 pagi..
Hari isnin hingga khamis balik kerja pukul 6.15 hingga 6.30 petang dia makan, kemudian main game lagi sampai pukul 12 pagi, lepastu mandi dan minum air , dia sambung game sampai 2 ke 3 pagi.. Bila anak cuti sekolah dia akan paksa saya balik rumah keluarga saya, kalau cuti seminggu, seminggu2 tu dia nak saya balik umah mak saya, dan cuti sabtu ahad pun nak saya balik umah mak saya dari hari jumaat. Saya ni dah lah ngandong 5 bulan dan anak sorang umur 7 tahun, saya mengandong nak rasa belaian suami, urutan suami, ni nan hado.. Yang di urut tu controller game dia .
Bayangkan ya dia boleh tak tido sebilik dengan saya selama sebulan sebab kerja dia hanya main game kalau saya balik umah mak saya, dia tak call atau wassap tanya saya makan apa sihat ke tak, memang lah saya duduk umah mak saya, memang confirm2 ada makanan semua, tapi saya ni nak juga rasa macam suami rindu saya perlukan saya. Ni tak ada nya la. Sekarang ni saya nak tanya, salah ke saya marah and bakar ps4 suami saya ni? sebab dah 3 bulan die tak berborak dan manja kan saya dan anak2 Salah ke ye? Kalau dia baru beli ps4 tu ya saya faham, dia jakon sebab baru beli. Ni dah 3 bulan, dah 4 ke 5 game dia khatam, mengaji pon tak sebanyak tu khatam.. Salah ke saya ni?