Assalam… Saya harap KRT dapat siarkan kisah saya supaya persoalan saya terjawab dan mungkin lepas meluah hati saya lebih tenang. Saya guna facebook kawan saya. Saya amat rungsing. Kisahnya bermula disini. 6 tahun lepas saya kenal suami saya. Percintaan jarak jauh. Kami kenal dalam internet. Dia bukanlah seorang yang baik. Hisap batu, berjudi, minum . Pernah 3x curang dengan saya dan saya masih terima dia setiap kali dia datang semula pada saya. Sehinggalah setelah kami rancang nak kahwin. Saya pernah bertanya pada dia. Sebelum mengahwini saya, bolehkah dia terima saya yang masih tidak dapat mempercayainya 100% setelah dia beberapa kali curang dgn saya. Dia jawab boleh dan saya pn berkahwin dengan suami saya.
Memang kebiasaan kalau dia kemana2 akan beritahu saya, videocall atau saya minta gambar. Itu dah jadi perkara biasa bagi kami dan takde isu. Selepas 5 tahun pwrkahwinan bila dia mula bekerja dengan bos perempuan dan staff2 perempuan dia mula berubah hati. Dah malu kalau saya call, videocall atau minta gambar. Walaupun dia buat tapi dia marah2 saya. Sehinggalah nak dijadikan musibah. Perkahwinan kami agak hambar selepas anak ke2 dan dengan persekitaran kerja yang ada suami seakan lagi seronok dengan dunia luar. Sehari sebelum raya kami gaduh sebab dia xmembantu serba sedikit kerja rumah. Anak prmpuan dia org masih kecil. Sorang 2 thn, sorang 4 thn. Segala2 saya lakukan sendirian..
bila kejutkan dia dari tidur minta tolong skit terus kena marah sebab nak berbuka dah saya terus beralah dan ajak berbaik. Balik raya giliran saya tahun ni tapi hanya malam raya dan raya pertama je dpt bersama kluarga saya dikl. Raya ke2 balik kg saya juga tapi sehari pun tak tidur kg saya. Raya ke2 terus balik kg suami dan 4 hari disana. Saya masih sabar sebab raya kann.. sehinggalah terjadinya pergaduhan besar bila balik smula ke kl mak mertua bg kuih raya dan langsir untuk digantung dirumah saya. Saya sampai2 dirumah dah fikir nak kemas itu, ini lagi.. korang pun tahu kan kerja rumah xkan pernah habis.
Tetapi pergaduhan besar bermula disini sampai suami menceraikan saya di wassap dengan talak 1. Suami bagitahu kawan2 lelaki dia dalam 4 orang kot nak datang rumah. Dia suruh saya masak apa yang patut. Saya bagitahu barang masak takde, langsir xbergantung, kain baju balik dari kg belum berdobi, minta suruh dia ajak kawan dia esok harinya supaya saya boleh prepare tapi suami marah2. Minta dia bankin rm30 utk saya beli barang masak pun dia marah katanya saya tahuka n dia xde duit tinggal rm50 dalam acc saje nak minx2 saya sabarkan lagi.. saya on je lah plan dia 2 walaupun saya kena beli barang masak bawa anak2 n barang lagi duduk rumah flat tingkat 9 pulak, xde parking card kena park luar lagi.
Tapi dia mungkin tak kasihani saya sebab dia kata saya kalau beli barang masak rumah sebelum ni boleh je pergi itu dia tak tahu saya hanya beli satu dua barang je yg tak ade macam santan ke, daun pandan ke… ini barang basah tak de, nescafe tak de.. amat stres saya masa tuh. Susah nak fahamkan dia sebab dia jarang ambil tahu hal dapur. Yang dia tahu saya keluar japp beli brg dapur dkat kdai dkat dgn rumah tp tak pernah tanya apa yg saya belikan. Lepas saya setujukan aje dia nak bawa kawan tetiba dia request lagi lepas kawan2 dia beraya kat rumah kami, mereka termasuk suami saya nk beraya kerumah seorang staff perempuan yang dah berkahwin. Saya tanyakan dah habis ke rumah staff lelaki dia pergi beraya sampai nak pergi rumah staff perempuan tuh. Macam biasa dia marah. Saya cakap bawa anak2. Dia kata saya mental. Pelik sangat ke permintaan saya tuh???
Kami gaduh soal tu pulak dan ending dia kata senang semua tak payah. Dia kata Kawan2 tak payah datang beraya dirumah sebab malu ada isteri macam saya ni…. saya okay lagi masa tuh. Darah tak naik atas kepala lagi… 7 malam saya call sebab dia keluar kerja jam 6.30 ptg, 7malam masih tak balik. Tempat kerja dengan rumah kami dalam 15-20 min je. Saya pun video call dia. Dia lepak mamak rupanya. Okay lagi.. dia bagitahu nak tengok bola worldcup 2. Saya tanyala nak tengok yang pukul berapa punya. Dia kata nak tengok yang jam 11 malam punya. Jam7.30 mlm rasanya dah azan magrib dia masih belum nak balik lagi saya bagi tahu barang rumah dan pampers anak dari pagi masa dia masuk kerja saya nak pergi beli tapi dia masih tak boleh fikir.
Saya tanya jam berapa nak balik dia kata xtahu lagi. Saya kata dari jam skang dia xkan xbalik kata nak tengok bola jam11 malam. Saya dah start serabut dengan pampers anak xde. Kat rumah pulak anak2 merengek2 macam2 kerenah sampaikan busy seketika layan anak dan masak utk anak2 jam8 malam macam tu saya call suami dan hp suami OFF. Kalau korang ape korang rasa??? Masa 2 lahh darah saya dah start naik kepala! Saya call kawan suami yang saya nampak ada dengan dia kat videocall tanyakan suami saya dan kawan dia tu kata suami saya takde dengan dia. Kalau korang ape korang rasa??? Saya okayy lagi.. saya wassap suami… saya tunggu je bluetick. Dalam jam8.45malam macamtu baru bluetick saya terus call dia.Sambungan….
Saya call dia angkat. Saya tanya kenapa dia tutup hp. tahu apa dia cakap? Dia kata dia main snooker dan dia tutup hp sebab tak nak saya kacau. Dalam 45 min main snooker dengan kawan saya tanya dia puas ke? Masa tuh memang saya dah hilang sabar. Semakin rancaklah kami gaduh. Sampai dia letak fon saya call lagi dia tutup lagi.. penyudahnya saya wassap dengan kawan dia yang saya call tadi.. saya bagi tahu kawan dia tuh kalau mereka2 turun kl mesti saya gaduh dengan suami saya.. saya bagi tahu bukan saya tak bagi keluar tapi layan laa saya elok2 sebagai isteri saya akan faham. Dan paling best kawan dia balas wassap saya seolah menganjng saya. Katanya seakan saya ni me gongkong suami saya, sesetengah event suami saya tak boleh join sebab saya tak bagi. Tambahnya lagi dia kata dulu kawan2 termasuk dia respect suami saya tapi skarang sebab suami saya macmm ni diorang tak respect lagi.
Saya pun memang rasa tak boleh blah dengan wassap kawan suami saya tuh dan cuci dia balik. Saya balas, saya bukan tak bagi suami melepak tapi biarlah all boys. Kenapa saya tak bagi ada prmpuan sebab dalam group wassap kerja lelaki perempuan tak de batas pergaulan. Cakap pasal bra, pents, plan nak mandi2 campur lelaki perempan kat sunway lagoon. Kalau korang as a wife korang bagi tak suami korang join event2 macam tu? Kalau korang bagi maksudnya saya yang tak normal. Kalau korang tak bagi maksudnya suami saya yang bermasalah! Tambah saya lagi pada wassap tuh saya tegaskan kat kawan dia tuh jangan cakap macam dia kenal suami saya lebih lama dari saya. Saya isteri dia saya lagi kenal suami saya. Sampaikan saya bagitahu pampers tak de nak minta kawan dia tuh belikan dan saya tanya haa hantar sekarang kat rumah saya boleh saya cakap.. lepastu saya bagitahu telur pun nak suruh suami beli susah macam nak suruh beli kepala gajah tak kan nak harapkan mak dan ayah saya bagi je.
Terus kawan dia tu tak balas wassap saya. Haa hamek! Tak habis dengan itu saya terus wassap isteri kawan suami saya tuh dan bagitahu peragai sebenar suami dia tuh yang miang keladi pernah mengorat kakak saya yang sama tempat kerja juga dengan suami saya. Haa hamek kau nak sangat… Tak cukup dengan itu nak memuaskan hati saya sorok semua baju kerja dan kasut kerja suami Sebab saya sorok saya tahu dia mesti tak kan bertegur kalau saya sorok dia akan cakap dengan saya menanyakan baju2 kerja dia tu. Lepastu jam11malam macamtu suami saya balik dia diam je tak bertegur dengan saya seperti kebiasaan kalau gaduh memang suami macam tu. Esoknya pun dia tak minta pulak baju kerja dia pada saya sanggup tuh tak pergi kerja. Tak habis lepastu, geram saya tak habis saya pergi tempat kerja suami dan report pada hr salah laku suami pergi rumah bos perempuan dia pada waktu kerja utk tolong angkut barang bos dia nak pindah rumah. Baik lain macam kan suami saya..? Haa tapi pada hr saya dah bagitahu jangan ambil apa2 tindakan pada suami sebab dia tak salah dia hanya ikut arahan bos perempuan dia tuh.
Tp sayang… pagi haritu jam2.13 malam suami saya ceraikan saya dengan talak 1 di wassap pagi keesokkan harinya jam10 pagi baru saya baca wassap tuh terus pakai tudung basuh muka dan jumpa suami yang tidur kat bilik sebelah ajak berbincang dan berdamai tapi dia tetap berkeras, langsung tak pandang wajah saya, dan paling terasa kat hati dia kata kita dah bercerai tak ada ape yang nak dibincangkan… saya gagal berdamai dengan dia hingga sekarang. Dah guna mak ayah saya kami berbincang sekalipun saya dah minta maaf dengan suami depan2 mak ayah tapi suami sikitpun tak pandang saya dan tak minta maaf pada saya. Dia masuk kereta saya kjar dia ajak bdamai kata2 dia sampai skarang tak boleh lupa. Dia kata kau minta maaf dengan kawan2 aku dulu baru cerita nak rujuk…. rujuk belakang cerita. Minta maaf dengan kawan2 aku dulu, lepastu dia ada suruh saya pergi masuk rumah sebab dia kata bagi aku kau bukan bini aku lagi.. saya kata saya dah tanya peguam syariah dia kata talak kita talak yg masih trgantung dan tahu apa suami saya jawab?? Bagi aku, dalam hati aku, kau bukan isteri aku lagi. Terus gugur jantung ni.. tiada kata lagi.
Saya terus keluar kereta dan sempat jugak bertanyakan sayang tak sayang honey lagi ke dan dia jawab tipu laa kalau tak sayang.. saya terus potong cakap dia sebab saya tak sanggup dengar lagi.. saya terus cakap okaylah dan keluar dari kereta suami saya… dalam hati saya.. kenapa keras sangat hati suami mulut mengungkap sayang tapi tetap terus mahukan penceraian…. buntu. Saya runsing. Kalau korang ape korang rasa? Apa korang buat?? Terima kasih sudi paparkan kisah saya dan semiga kisah saya ni menjadi ikibar kepada yang lain.