Salam min,mohon siarkan…..saya xde tempat nak luah apa yang saya rasa,apa yang saya lalui….biasanya manusia lebih cepat menghukum….saya nak cerita kisah saya sendiri….saya baru kahwin lebih kurang 6tahun….ada seorang anak baru masuk 4tahun….saya bekerja sebagai jurujual…..walaupun sibuk saya tak pernah abaikan tanggungjawab saya buat suami dan anak….alhamdulillah saya dapat uruskan rumahtangga dengan baik….walaupun suami mampu, saya ingin bekerja sebab nak tolong keluarga saya dikampung….saya orang susah, suami orang senang….awal perkahwinan saya tahu keluarga suami tak suka saya,saya bukan menantu pilihan….setelah suami pujuk,sebab sayang saya terima dia….lupa nak cerita,saya dengan suami tak bercinta….kami berkawan je…. lepas kahwin suami dah tunjuk perangai….saya pun pelik dengan sikap dia….dia baik, bertanggungjawab, tidak melepak, tak kedekut…..tapi itu cerita lama….sekarang keadaan mula berubah….
Bila saya tegur, dia panggil saya bodh, macam2 ayat yang pedih untuk didengari…..saya cuba berbincang,tapi barannya makin menjadi-jadi….suami tak ada apa-apa masalah dan saya yakin inilah perangai dia yang sebenar….. hampir 2 tahun saya sabar, walaupun hari-hari menangis bila hati dah tak tahan dengan semua ni tapi bila teringat anak, saya kuatkan semangat….. saya pernah ceritakan walau sedikit kekurangan suami dan tak dapat dinafikan bagi kawan-kawan yang mengenali kami, ramai yang suka tengok cara kami , hubungan kami…..biarpun hakikat tak seindah realiti….saya tunjuk yang manis-manis, pahit saya telan sendiri,pedih saya ubati seorang diri…..min,kawan-kawan….tolong bagi nasihat kat saya…..berbaloi ke saya jaga rumahtangga ni seorang diri? Bila pulang ke rumah mertua saya sering diperli menantu lain disayangi tapi saya dikeji sebab saya tak kaya kerja pun kerja biasa…..saya tahu kiri kanan saya semua fikir saya bahagia,mak ayah saya sendiri tak tahu keadaan sebenar tapi saya dah penat…..di bulan ramadhan ni pun kami bergaduh…..saya buntu?




